Selamat ulang tahun buat kelab bolasepak tercinta, Manchester City F.C. Pada 1894, kelab bolasepak bernama Ardwick A.F.C. dari bandar Manchester memutuskan untuk menukar nama mereka kepada Manchester City Football Club. Manchester City menggunakan nama Ardwick A.F.C. selama 7 tahun bermula tahun 1887. Sebelum itu mereka menggunakan nama St. Mark's, sempena nama gereja yang menubuhkan sebuah kelab sukan bolasepak dan kriket pada tahun 1880.
Peristiwa bersejarah ini diabadikan di salah satu dinding luar Stadium Etihad. Jika dilihat pada gambar, tarikh yang terpampang ialah 16 April 1894. Itu adalah tarikh siapnya proses pendaftaran pertukaran nama kelab selepas 3 hari pendaftaran dibuat.