Saturday 22nd December 2012
Etihad Stadium 3pm kickoff (Malaysia +8GMT)
Referee: Mike Dean
Di atas kertas perlawanan ini hanya membawa satu harapan kepada fans Man City; kenduri gol. Berdepan dengan pasukan tercorot BPL di halaman sendiri, ini sememangnya peluang Man City untuk menambah jumlah perbezaan gol. Jika terdapat satu pasukan yang menghargai goal difference sudah pasti ianya Man City. Masakan tidak, jika tidak kempunanlah nak jadi champions.
Pasukan Man City dijangka menurunkan kesebelasan utama yang lebih kurang sama hanya Barry kembali ke posisinya dan Milner menggantikan Nasri yang tercedera. Kompany masih diragui keadaannya lagipun Mancini mungkin tidak mahu tergesa-gesa menurunkan beliau. Nasri dan Balotelli dijangka tidak dapat diturunkan sehingga penghujung Disember sementara Richards dan Rodwell sehingga bulan Januari. Kolarov pula mengalami kecederaan groin.
Aguero dan Tevez terus digunakan di jentera serangan. Pada hemat aku ini memang strategi terbaik, Aguero dan Tevez mengkucar-kacirkan pertahanan Reading di separuh masa pertama sebelum Dzeko dimasukkan selepas pertahanan lawan lesu kepenatan. Reading dijangka bermain dengan width dan akan menggunakan crossing dengan banyak. Lega apabila menonton perlawanan dengan Newcastle, Man City sudah memperbaiki diri menghadapi hantaran-hantaran tinggi dan lintang. Kolo Toure dan Nastasic memang tidak menghampakan; Kolo seperti dilahirkan semula dan Nastasic terus cemerlang.
Perlawanan ini dijangka dikuasai dan dimenangi Man City dengan selesa. 4-0.
Superbia in proelio.