Khamis, 7 Januari 2016

Khabar Angin Bisnes Perpindahan - Cristiano Piccini

Memandangkan Zabaleta dan Sagna masing-masing sudah melewati usia 30 tahun maka tidak hairanlah jika Manchester City sedang meneroka pasaran untuk pemain bek kanan yang baharu. Di samping Pablo Maffeo dari pasukan akademi, City kini dalam proses meremajakan posisi itu dengan cubaan memancing Cristiano Piccini dari Real Betis. Selain City, Everton juga dikatakan berminat dengan pemain Itali berusia 23 tahun itu. Antara aset utama Piccini adalah versatiliti beliau untuk bermain di bahagian sayap kanan ataupun pemain tengah bertahan.
 



 
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Khabar Angin Bisnes Perpindahan - Anthony Cáceres

Manchester City sedang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Central Coast Mariners, Anthony Caceres. Pemain Australia berusia 23 tahun itu juga sedang dirisik oleh sebuah kelab J-League namun dilaporkan lebih berminat untuk menyertai City. Caceres mempunyai klausa pembelian keluar bernilai £250,000 yang mudah dipenuhi City. Namun andai Caceres bersetuju ke Etihad, beliau akan dipinjamkan dahulu kerana tidak memiliki paspot Eropah.
 
 


 
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Selasa, 5 Januari 2016

Kenali City - Hatem Trabelsi

Fakta menarik Hatem Trablesi:
  1. Satu-satunya pemain Tunisia yang pernah menyarung jersi Manchester City.
  2. Mewakili City hanya semusim selepas kehilangan tempat kepada Micah Richards dan Nedum Onouha.
  3. Membuat 20 penampilan dan hanya menjaringkan satu gol.
  4. Gol tunggal tersebut adalah ketika menentang Manchester United.



Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Khabar Angin Bisnes Perpindahan - Leroy Sane

Hebat dikhabarkan Manchester City akan membida pemain muda Schalke 04 Leroy Sane di jendela perpindahan Januari. Anggaran nilai perpindahan £40 juta akan menjadikan Sane pemain Jerman termahal Liga Perdana Inggeris memecahkan rekod Mesut Ozil. Namun mungkin perpindahan ini sukar menjadi kenyataan memandangkan posisi sayap bukanlah bahagian bermasalah City buat masa ini dan pembelian Sane hanya akan menambah lambakan pemain sayap di City.

Isnin, 4 Januari 2016

Apa Ni? Fernandinho Bermain CB?

City sedang ketinggalan 1-0 kepada Watford. Pellegrini menambah seorang lagi penyerang dengan membawa masuk Wilfried Bony untuk mengejar gol. Mangala menjadi korban pertukaran. Adakah City kini bermain 3-5-2? Rupa-rupanya tidak. Pellegrini memainkan formasi 4-4-2 dengan meletakkan Fernandinho di posisi pertahanan tengah.


Sekali imbas seperti satu keputusan taktikal gila. "Sudah nyanyuk agaknya pengurus tua ini!". Itulah antara komen awal apabila melihat Fernandinho bermain di posisi itu. Namun Fernandinho kelihatan selesa bermain. Malahan beliau tampak lebih meyakinkan berbanding Mangala.

Bagi penulis keputusan Pellegrini tidaklah begitu mengejutkan. Mangala sememangnya bermasalah pada hari itu. Untuk digantikan dengan Demichelis adalah keputusan paling mudah tetapi Demichelis adalah seorang pemain yang perlahan dan City boleh terdedah kepada serangan kilas lawan semasa sibuk mencari gol. Oleh kerana mahu mengekalkan kepantasan bertahan maka pemilihan Fernandinho adalah keputusan paling logik.

Sekadar perbandingan, siapakah pertahanan tengah terbaik City? Mana-mana peminat City pasti akan menjawab Vincent Kompany. Tahukah anda Kompany juga boleh bermain sebagai pemain tengah bertahan (DM)? Kompany memang boleh bermain di kedua-dua posisi semenjak di Anderlecht dan Hamburger tetapi sebenarnya lebih berminat bermain di bahagian tengah.

"Posisi kegemaran saya adalah di bahagian tengah tetapi saya juga berkesan di pertahanan tengah. Saya akan ambil sebarang peluang untuk bermain" - Vincent Kompany (2009), Daily Mail

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.