Navigasi

Khamis, 21 Julai 2016

Gabriel Jesus Bintang Muda Terbaru Sertai City


Selepas Oleksandr Zinchenko dan Marlos Moreno kini giliran seorang lagi pemain muda berbakat besar, Gabriel Jesus pula memeterai persetujuan menyertai Manchester City.

Media SPORT melaporkan Jesus tidak teragak-agak untuk bersetuju selepas bercakap dengan Pep Guardiola melalui telefon. Perpindahan Jesus dari Palmeiras dianggar bernilai £26.4 juta. Sebelum ini Jesus turut direbut gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid.

- Bulan Biru
Dikuasakan oleh Blogger.