Navigasi

Rabu, 8 Februari 2017

City Tandatangan Bek Muda Mallorca

Manchester City menewaskan Real Madrid dan Barcelona dalam perlumbaan mendapatkan bek kanan muda dari Real Mallorca, Richard Dionkou. Urusan pembelian ini mungkin dipermudahkan kerana perhubungan baik di antara dua kelab tersebut. Baru-baru ini pemain bek kiri, Angelino dipinjamkan kepada Mallorca. Dionkou yang baru berusia 16 tahun akan kekal di Mallorca sehingga penghujung musim dan hanya akan menyertai pasukan bawah 18 tahun City di musim panas nanti. (Sumber: Daily Mail)

Dikuasakan oleh Blogger.