Menurut akhbar The Sun, Gianluigi Donnarumma sudah memberitahu kepada rakan-rakan bahawa beliau akan berpindah ke Liga Perdana Inggeris.
Donnarumma yang boleh dibeli dengan harga serendah £20 juta kini menarik minat banyak kelab termasuk Manchester City. City dikatakan sanggup menawarkan gaji sebanyak £70,000 seminggu kepada penjaga gol berusia 18 tahun itu. Namun City mungkin akan mendapat tentangan daripada Manchester United yang mahu mendapatkan Donnarumma jika mereka kehilangan David De Gea.