Menurut Sun Sport, persetujuan sudah dimeterai di antara AS Monaco dan Manchester City seawal hari Khamis lalu dalam hal perpindahan pemain bek kiri, Benjamin Mendy. Perpindahan bernilai £39.8 juta itu bakal melihat Mendy menerima gaji sekitar £100,000 seminggu bersama beberapa bonus piala.
Mendy akan menyertai City selepas selesai dalam tugasan bersama pasukan kebangsaan Perancis dan menjadi pemain kedua Monaco selepas Bernando Silva untuk menyertai pasukan biru dari Manchester itu.