Seorang lagi pemain muda yang dikhabarkan bakal menyarung jersi City musim depan ialah Fabinho yang bermain untuk kelab AS Monaco. Pemain berusia 21 tahun itu yang bermain di posisi bek kanan adalah sebahagian daripada rancangan meremajakan skuad City yang mula dimamah usia. Selepas pemergian Micah Richards ke Aston Villa, dua pemain senior bek kanan City adalah Pablo Zabaleta dan Bacary Sagna masing-masing berusia 30 tahun dan 32 tahun. Selain beroperasi di bek kanan, Fabinho juga boleh mengisi posisi pemain tengah bertahan (defensive midfileder). Sumber kuat mengatakan beliau bakal ke England untuk menandatangan kontrak bersama City dengan transaksi bernilai £15 juta. Begitupun perlu diketahui Fabinho sebenarnya baru sahaja menyertai AS Monaco pada bulan Mei 2015 kerana 2 musim sebelum itu beliau bersama mereka sebagai pemain pinjaman dari Rio Ave FC.
Selasa, 30 Jun 2015
Khabar Angin Bisnes Perpindahan: Fabian Delph
Dalam ramai-ramai pemain yang sedang dikaitkan dengan City, nama Fabian Delph boleh dikira pemain yang paling kurang tahap glamernya. Namun begitu seperti Pogba dan Wilshere, Delph juga adalah pemain berstatus tempatan (homegrown) dan City memang sedang sibuk dalam usaha menambah kuota pemain tempatan dalam skuad mereka. Delph adalah di antara pemain paling menyerlah di Aston Villa musim lepas dengan larian ke kotak penalti, kawalan bola yang kemas dan beberapa jaringan gol jarak jauh yang cantik. City boleh mengaktifkan klausa beli kontrak Delph yang bernilai £10 juta namun harga yang sedang hebat diperkatakan adalah sekitar £8 juta.
Ahad, 28 Jun 2015
Khabar Angin Bisnes Perpindahan: Jack Wilshere
Adakah kita bakal melihat seorang lagi pemain dari pasukan akademi tidak rasmi City masuk menyertai skuad pencabar kejuaraan itu? Entah mengapa para penyokong sering mengeluh tentang kurangnya pemain akademi di dalam skuad utama City sedangkan kelab akademi tidak rasmi City, Arsenal tidak pernah gagal untuk menghasilkan bintang masa depan City. Selepas Nasri mungkinkah Jack Wilshere bakal menyarung jersi biru langit dan mengemudi bahagian tengah City bersama-sama Yaya Toure. Dilihat sebagai calon yang lebih mudah diperoleh berbanding Pogba, City sudah menyediakan bidaan sebanyak £40 juta untuk membawa Wilshere ke Etihad. Namun begitu Arsenal tidak akan menyerah kalah begitu mudah. Mereka dikhabarkan sudah bersedia untuk menawarkan Wilshere kontrak baru dengan menggandakan gaji beliau kepada melebihi £100,000 seminggu.
Sabtu, 27 Jun 2015
Khabar Angin Bisnes Perpindahan: Charles Aranguiz
Seorang lagi pemain tengah yang sedang hangat dikaitkan dengan Manchester City ialah bintang pasukan Chile, Charles Aranguiz. Pemain ini digambarkan di dalam laman sesawang FIFA sebagai "seorang pemain penuh kesenian dan garang bak harimau di peringkat tertinggi, terkenal dengan kebolehan merampas bola, membuat hantaran cantik dan juga mencari gawang". Bukan sekadar pelan B andai City gagal mendapatkan khidmat Pogba, Aranguiz juga boleh bermain di posisi tengah kanan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh James Milner.
Khabar Angin Bisnes Perpindahan: Paul Pogba
Pertarungan tarik tali di antara Manchester City dan Barcelona yang mahu memiliki pemain tengah Juventus, Paul Pogba semakin sengit akhir-akhir ini dengan media dari kedua-dua negara menyatakan Pogba sudah hampir pasti akan berpindah ke salah satu dari dua kelab itu. Akhbar The Sun dan Daily Mail memberitahu City sudah berjaya menewaskan Barca dan Real dalam perlumbaan mengejar Pogba.
Jumaat, 26 Jun 2015
Selamat Datang Ke Manchester!!: Enes Unal
Manchester City membuat pembelian pertama mereka untuk musim baharu dengan membeli budak ajaib (wonderkid) Turki, Enes Unal. Presiden kelab Bursapor, Recep Bolukbasi mengumumkan satu persetujuan sudah dimeterai di antara City dan Bursapor berkenaan perpindahan pemain tersebut yang dijangka menjadi rasmi pada hujung minggu ini. Nilai perpindahan dikhabarkan dalam lingkungan 3 juta Euro. Masih berusia 18 tahun, Enes dilihat berpotensi besar memperkukuhkan jentera serangan City di masa hadapan dengan rekod jaringan 170 gol dalam 102 penampilan bersama skuad akademi Bursapor. Harap-harap potensi besar Enes berjaya dipenuhi bersama City dan tidak menerima nasib seperti John Guidetti.
Khamis, 18 Jun 2015
Micah Richards - Satu Tribute
Berita perpindahan Micah Richards ke Aston Villa memang menggamit jiwa. Masakan tidak Richards boleh dikategorikan sebagai wira kultus jika bukan lagenda Manchester City pada usia yang sangat muda.
Fakta menarik Micah Richards (dan Aston Villa):
1. Gol sulung senior yang melonjakkan nama Richards dijaringkan ketika menentang Aston Villa. Beliau ketika itu berusia 17 tahun.
2. Posisi asal Richards ketika di akademi muda Leeds adalah di bahagian penyerang.
3. Richards masih memegang rekod sebagai kapten termuda Manchester City. Beliau menjadi kapten City ketika berusia 19 tahun dan yang menariknya lawan ketika itu juga adalah Aston Villa.
Fakta menarik Micah Richards (dan Aston Villa):
1. Gol sulung senior yang melonjakkan nama Richards dijaringkan ketika menentang Aston Villa. Beliau ketika itu berusia 17 tahun.
2. Posisi asal Richards ketika di akademi muda Leeds adalah di bahagian penyerang.
3. Richards masih memegang rekod sebagai kapten termuda Manchester City. Beliau menjadi kapten City ketika berusia 19 tahun dan yang menariknya lawan ketika itu juga adalah Aston Villa.
Tags:
BPL,
Manchester City,
MCFC,
Micah Richards,
Transfer News,
Tribute
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.