Pertarungan tarik tali di antara Manchester City dan Barcelona yang mahu memiliki pemain tengah Juventus, Paul Pogba semakin sengit akhir-akhir ini dengan media dari kedua-dua negara menyatakan Pogba sudah hampir pasti akan berpindah ke salah satu dari dua kelab itu. Akhbar The Sun dan Daily Mail memberitahu City sudah berjaya menewaskan Barca dan Real dalam perlumbaan mengejar Pogba.
Manakala akhbar di Barcelona membawa berita sebaliknya dengan Presiden Barcelona, Joan Laporta dipetik berkata, "Jika Pogba terpaksa memilih di antara City dan Barca, saya yakin beliau akan memilih Barca".
City melihat Pogba sebagai calon paling sesuai untuk menjadi pengganti jangka masa panjang kepada tunjang dan sauh bahagian tengah City, Yaya Toure. Harapan penulis adalah agar Pogba tidak menurut jejak langkah Hazard dan Isco yang memberi harapan palsu kepada peminat City di seluruh dunia.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru