Sabtu, 5 Mac 2016

Jurnal Peminat - Dari Mata Turun Ke Hati, Dari CD Ku Kenali City (Bahagian III)

..Bersambung dari bahagian 2

Sebagai seorang peminat tegar, saya mengumpul pelbagai jenis barangan City. Jersi perlawanan, jersi latihan, hoodie, kemeja-T, selempang, rantai kunci, topi, DVD, majalah dan buku rasmi kesemuanya tersenarai dalam koleksi saya. Sayang sekali beberapa barangan terkorban semasa bencana banjir 2013.





Jurnal Peminat - Dari Mata Turun Ke Hati, Dari CD Ku Kenali City (Bahagian II)

..Bersambung dari bahagian 1

Saya terpaksa menunggu satu musim lagi untuk melihat City di kaca TV kerana akhirnya mereka berjaya kembali ke Liga Perdana Inggeris untuk musim 2000-01. Betapa gembiranya hati dapat melihat kelibat Weaver di gawang gol dan Goater di bahagian serangan buat pertama kali ketika menonton rancangan soroton perlawanan Liga Perdana Inggeris. Harapan untuk melihat City kekal di Liga Perdana musim itu dikuatkan dengan penyertaan bekas pemain terbaik dunia George Weah. Namun impak Weah tidak menjadi dan beliau berpindah di pertengahan musim.


Mimpi indah City juga berakhir musim itu dan mereka kembali turun ke Divisyen 1. Sebagai penyokong sememangnya pahit untuk ditelan. Lebih-lebih lagi apabila saya menyatakan diri sebagai penyokong City saya sering ditertawakan kerana menyokong pasukan 'sampah'. Tiada apa yang mampu dilakukan selain daripada hanya bersabar.

Menjadi penyokong Manchester City sememangnya mengajar saya erti kesabaran. Bukan sahaja ditertawakan rakan-rakan malahan saya belajar apa itu 'Typical City'. Kemasukan pemain bintang seperti seperti Anelka, Fowler, McManaman, Elano dan Robinho tidak terpamer dalam persembahan pasukan yang tidak konsisten dan sering mengakhirkan musim di kedudukan tengah liga. Tetapi itu semua tidak melunturkan semangat untuk menyokong City. Saya terus menyokong Manchester City dan menerima mereka seadanya.

Jurnal Peminat - Dari Mata Turun Ke Hati, Dari CD Ku Kenali City (Bahagian I)

Jika saya tidak membeli CD permainan video PC tersebut pasti saya tidak mengenali Manchester City kemudian jatuh cinta dengan kelab ini...

Pendedahan terawal saya kepada dunia bolasepak ialah pada tahun 1991 apabila Johor menjuarai Piala Malaysia. Pendedahan kepada dunia bolasepak antarabangsa pula bermula dengan Piala Dunia 1994. Namun begitu saya sangat 'buta kelab' sehingga kelab Paris St. Germain pun saya sangkakan kelab Jerman!

Pengetahuan tentang kelab-kelab bolasepak amat terbatas dengan hanya bergantung kepada bahagian sukan di dalam surat khabar memandangkan ketiadaan Astro ataupun internet ketika itu.

Terus terang sebelum meminati City saya terlebih dahulu mengenali Manchester United. Masih jelas dalam lorong memori half-volley Cantona dalam perlawanan akhir Piala FA 1996 dan 2 tandukan Gary Pallister ketika United menentang Liverpool. Itulah kali pertama saya menonton perlawanan siaran langsung Liga Perdana Inggeris (EPL). Dari situ saya mula menjinakkan diri dengan dunia EPL menerusi Manchester United. Saya ikuti perkembangan mereka melalui akhbar dan menyimpan wang untuk membeli majalah rasmi mereka.

Terjumpa dalam koleksi majalah di rumah kampung
Itu semua berubah pada tahun 1998 hanya disebabkan oleh satu permainan PC. Permainan PC yang dimaksudkan di sini ialah Premier Manager yang dihasilkan oleh Gremlin Interactive. Ia merupakan sebuah permainan simulasi football management. Selepas memasang permainan PC tersebut saya memulakan permainan dengan niat memilih pasukan Manchester United.


Jumaat, 4 Mac 2016

Jurnal Peminat - Jadilah Seperti Amin

Ini Amin.. 
Amin adalah seorang ahli Cityzens.. 
Amin selalu 'Like', 'Retweet' dan berinteraksi di medan sosial rasmi MCFC..
Hasil mata ganjaran Cityzens, Amin dapat pergi ke derbi Manchester..
Amin bijak.. 
Jadilah seperti Amin 😋




*Tak nak jadi pun tak apa, lain kali Amin menang lagi 😈

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.