Isnin, 27 April 2015

Jersi Manchester City Yang Teristimewa - Wembley '99


Hahaha akhirnya jersi yang ditunggu-tunggu sampai juga ke tapak tangan. Adakah anda kenal kepada jersi Manchester City ini? Jersi City ini walaupun coraknya tidaklah seindah mana tetapi ianya telah mengambil tempat yang teramat istimewa di dalam hati para peminat City.


Inilah jersi yang disarung pemain City ketika perlawanan play-off Divisyen 2 menentang Gillingham. Dalam perlawanan itu City memboloskan 2 gol di 10 minit terakhir perlawanan. Di kala harapan sudah tiada, City berjaya menjaringkan 2 gol di masa kecederaan dan membawa perlawanan ke masa tambahan dan seterusnya memenangi penentuan sepakan penalti.


Sebelum jaringan gol Aguero menentang QPR, jaringan Paul Dickov dalam perlawanan inilah yang menjadi simbol perjuangan tanpa putus asa Manchester City.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.