Sportmediaset melaporkan yang Roberto Mancini sudah berjaya memujuk Yaya Toure untuk menyertai Inter Milan musim depan dengan kontrak 4 tahun. Inter akan membuat tawaran rasmi dijangka bernilai dalam lingkungan £5.7 juta.
Kesahihan berita laporan Sportsedianet itu boleh dipersoalkan kerana nilai tawaran yang terlalu rendah bagi pemain bertaraf seperti Toure. Mungkin Toure sudah kehilangan tempat di hati segelintir peminat City seperti yang dilihat ketika pengumuman penggantian Toure ketika menentang Villa yang disambut dengan tepukan dan sorakan sinis namun tidaklah semurah itu nilai Toure kepada City. Sekurang-kurangnya tawarlah £15 juta barulah boleh diterima akal.
Selain Toure, Inter juga sedang mencucuk Jovetic untuk menyertai mereka. City dilihat sememangnya berminat untuk melepaskan pemain yang sering dibelenggu masalah kecergasan itu. Mungkin corak dan rentak permainan di Serie A lebih bersesuaian dengan beliau.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru