Penjaga gol ketiga Manchester City, Angus Gunn disahkan akan menyertai kelab liga Championship, Norwich City untuk musim 2017/18 secara pinjaman. Gunn akan ke Norwich sekembalinya beliau dari tugas bersama skuad bawah-21 England di Poland.
Perpindahan ini akan menyaksikan Gunn kembali ke laman Carrow Road selepas bersama skuad akademi Norwich sebelum berpindah ke Manchester City pada 2011. Kata Gunn, "Saya membesar sebagai peminat Norwich dan semenjak kecil saya datang ke Carrow Road untuk setiap perlawanan. Saya berbesar hati untuk kembali ke sini secara pinjaman. Perkara utama untuk saya ialah datang dan menimba pengalaman. Jadi campurkan ia bersama kembali semula ke Norwich merupakan perasaan yang sangat hebat".
Perpindahan ini akan menyaksikan hanya Claudio Bravo yang tinggal sebagai penjaga gol skuad senior di Manchester City sambil para peminat masih ternanti-nanti kehadiran Ederson dari Benfica. Adakah ini bererti Pep Guardiola akan mencari seorang lagi penjaga gol atau ada sinar harapan buat Joe Hart di Stadium Etihad?