Siapakah pemain pertama Manchester City yang berjaya memecahkan rekod pembelian termahal British? Jika anda menjawab Robinho, minta maaf anda silap.
Perpindahan Robinho dari Real Madrid ke Manchester City yang bernilai £32 juta sememangnya mengejutkan ramai pihak sekaligus memecahkan rekod British ketika itu. Tetapi beliau bukanlah pemain City pertama yang berbuat demikian.
Gelaran pemain pertama Manchester City yang memecahkan rekod perpindahan British dipegang oleh Steve Daley. Pemain tengah itu berpindah ke Manchester City dari Wolverhampton pada tahun 1979 dalam transaksi bernilai £1.43 juta pada waktu itu menjadikan beliau pembelian pertama Manchester City yang memecah aras sejuta.
Nilai perpindahan beliau sememangnya mengejutkan semua pihak kerana pengurus City waktu itu, Malcolm Allison hanya menawarkan £400,000 untuk khidmat Daley dan Malcolm sendiri tidak percaya apabila kemudiannya perpindahan Daley dimuktamadkan oleh pengerusi City, Peter Swales dengan nilai lebihan sebanyak £1,000,000.
Malangnya gara-gara rekod perpindahan termahal British yang dipegang oleh Steve Daley, beliau turut ternobat sebagai antara pembaziran terbesar dalam sejarah bolasepak Manchester City dan England. Sepanjang 3 tahun di Maine Road, Steve Daley hanya membuat 48 penampilan dan menjaringkan 4 gol, pulangan yang tidak berbaloi. Daley kemudian dijual kepada kelab Amerika Utara, Seattle Sounders dengan harga runtuh £300,000.
Dianggarkan perpindahan pecah rekod Steve Daley itu bernilai £28.1 juta jika berlaku di zaman sekarang. Kini, rekod termahal pembelian British dipegang oleh Angel Di Maria yang nampaknya menanggung nasib sama seperti Steve Daley.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Dianggarkan perpindahan pecah rekod Steve Daley itu bernilai £28.1 juta jika berlaku di zaman sekarang. Kini, rekod termahal pembelian British dipegang oleh Angel Di Maria yang nampaknya menanggung nasib sama seperti Steve Daley.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru