Manchester City sudah mengumumkan perpindahan masuk kedua mereka dalam tingkap perpindahan kali ini. Sekali lagi ianya adalah seorang pemain muda. Selepas Enes Unal, City berjaya mengikat penyerang 18 tahun dari Perancis, David Faupala dengan kontrak 3 tahun dalam satu transaksi percuma. Faupala yang sebelum ini bermain untuk kelab RC Lens bertindak tidak menyambung kontrak beliau selepas dikatakan merajuk dengan kelab itu yang menghalang keinginan beliau untuk berpindah ke Watford musim lepas. Musim lepas RC Lens tersingkir dari Ligue 1 selepas menduduki tempat ke-20 sementara Watford berjaya mendapatkan tempat dalam persaingan BPL musim baru nanti. Mungkin impian Faupala bermain bersama Watford masih boleh tercapai andai City meminjamkan beliau kepada mereka. Faupala tidak pernah bermain di peringkat senior ketika di Lens. Gaya permainan beliau lebih menjurus kepada penyerang klasik seperti Edin Dzeko, Olivier Giroud atau Filippo Inzaghi.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru