Pagi Ahad 1.30 pagi menjadi tanda bermulanya minggu yang boleh menjadi titik tolak nasib City musim ini. Sebelum berdepan Barcelona 18 haribulan ini dalam perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara, mereka perlu berhadapan dengan Burnley untuk kekal dalam perlumbaan juara BPL.
Burnley merupakan perlawanan terakhir City dalam kalendar 2014. Burnley berjaya mengikat City di Etihad dengan jaringan 2-2 biarpun ketinggalan 2-0 pada suatu ketika. Semenjak perlawanan itu, rentak permainan City jelas terganggu dan mereka melepaskan mata berharga liga serta tewas di pertandingan piala.
Kapten City, Vincent Kompany dan Fernandinho tidak diturunkan dalam perlawanan Leicester. Desas-desus mengkhabarkan mereka bertikam lidah di dalam bilik persalinan ketika perlawanan menentang Liverpool dan Pellegrini terpaksa masuk campur. Ada juga yang mengatakan Pellegrini sengaja melakukan rotasi pasukan. Apapun jangkakan formasi 4-4-2 kegemaran Pellegrini diturunkan hari ini. Ramalan Blog Bulan Biru: Burnley 1 - City 3.
Seleksi Blog Bulan Biru |
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Kali terakhir City tewas kepada Burnley adalah pada tahun 1974 di Turf Moor. Semenjak itu, City tidak tewas dalam 13 pertemuan di antara mereka.
2. 3 perlawanan terakhir City di Turf Moor berkesudahan dengan kemenangan besar. City menjaringkan 16 gol dalam 3 perlawanan tersebut yang tamat dengan jaringan 0-6, 2-4 dan 1-6.
3. City sudah mengumpulkan 998 gol dalam sejarah BPL mereka. Hanya 2 gol untuk mencapai 1000 gol.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
P/S: Sepanjang bulan Mac ini memang penulis terpaksa hiatus sekali-sekala kerana sibuk melayan kerja plant shutdown. Perlawanan Leicester pun terlepas laporan. Harap maaf.