Dua pasukan yang tewas di pentas Eropah masing-masing bertembung mencari penawar duka. Mata BPL juga dicari untuk memenuhi misi mereka musim ini. City andainya menang akan buat sementara waktu merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga Chelsea kepada 2 mata (Chelsea tidak bermain BPL minggu ini). Manakala Liverpool pula terus mengejar tiket Liga Juara-Juara Eropah.
Manchester City tidak berdepan dengan sebarang kecederaan dan akan kembali menurunkan Yaya Toure di bahagian tengah selepas tidak bermain menentang Barcelona tempohari. Berkemungkinan besar Toure akan digandingkan bersama Fernandinho. Perubahan lain termasuk Clichy ditukarkan dengan Kolarov dan Mangala di tempat Demichelis.
Di pihak Liverpool, mereka mungkin boleh menyambut semula Henderson dan Gerrard walaupun mereka belum cergas sepenuhnya. Persoalan menarik adakah Balotelli akan diturunkan berdepan bekas kelab beliau?
Perlawanan musim lalu menyaksikan Liverpool muncul pemenang dengan jaringan 3-2 selepas City mengejar dari ketinggalan 2-0 dan siapa yang boleh melupakan aksi Gerrard berucap kepada pemain Liverpool di penghujung perlawanan. Musim ini mungkin apa yang dikejar 2 pasukan ini sudah berbeza tetapi yang pasti 2 pasukan ini akan menawarkan permainan pantas, terbuka dan menyerang. Ramalan Blog Bulan Biru: Liverpool 1 - City 2.
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Liverpool tidak kalah kepada City di Anfield dalam 12 perlawanan terakhir.
2. Liverpool tidak kalah dalam 10 perlawanan BPL terakhir mereka.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru