Sang Musang mesti dikorbankan agar sang Helang mahu kembali terbang. Selepas terjatuh ditimpa tangga, takkan mahu tergolek dog pula? 3 mata pasti menjadi sasaran selepas peluang merapatkan jurang dengan Chelsea gagal diambil City.
Menentang pasukan yang boleh dianggap lemah, Pellegrini berkemungkinan besar akan mengekalkan formasi kegemaran beliau; 4-4-2. Wilfried Bony dikhabarkan akan mendapat permulaan pertama beliau selepas 3 kemunculan sebagai pemain gantian. Bony masih mencari gol City pertama beliau. Kompany walaupun hebat dikritik semenjak dua menjak ini sebagai hanya bayang-bayang zaman kegemilangan beliau akan tetap diturunkan mengepalai bahagian pertahanan.
Di atas kertas mungkin ini pertemuan antara 2 darjat tetapi sebenarnya rekod Leicester bermain di Manchester sangat baik. Dalam 10 pertemuan terakhir mereka di Manchester, City hanya menang sekali. Bakinya pula ialah 3 seri dan 6 kali Leicester menang di laman City. Tapi zaman sudah berubah dan rekod baru pula mungkin bermula. Ramalan Blog Bulan Biru: City 4 - Leicester 0.
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. City hanya menang 2 dalam 9 perlawanan terakhir mereka.
2. Aguero memerlukan 2 gol untuk mencapai 100 gol bersama City.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru