Ku sangkakan panas berpanjangan. Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang. Rasanya beginilah cuaca di dalam hati para peminat City kini. Ulangan aksi di Stamford Bridge nampaknya tidak kesampaian di Etihad. City meneruskan rentetan kemarau kemenangan tanpa Toure dengan sekadar seri 1-1 bersama Hull City. Itupun mujur James Milner menjadi penyelamat saat akhir dengan jaringan di waktu tambahan separuh masa kedua dengan tendangan bebas yang cantik.
Berseri-seri City dan Hull |
City menyambut kembali Nasri yang sudah pulih daripada kecederaan pangkal peha dan setelah sekian lama, Pellegrini kembali menurunkan formasi 4-4-2 dengan Aguero dan Dzeko di bahagian serangan. Pilihan skuad City dilihat sangat menyerang namun sekali lagi mereka berdepan masalah untuk mengatasi pasukan yang bermain dengan secara defensif. Mungkin itulah puncanya rekod City di Etihad musim ini tidak begitu cantik jika dibandingkan dengan rekod di tempat lawan di mana pihak lawan bermain secara lebih terbuka. Ini juga tidak dibantu dengan koordinasi di bahagian pertahanan yang masih agak kucar-kacir.
Hull hampir-hampir mendahului di minit ke-16 tetapi nasib baik tandukan Elmohamady hanya sekadar terkena palang. Namun nasib baik City tidak berulang di minit ke-35. Keadaan kelam-kabut pertahanan City dalam usaha mengeluarkan bola menimbulkan suasana pinball bermula daripada clearance Demichelis yang hanya sampai kepada Livermore yang melihat percubaannya diselamatkan Hart yang keluar ke hadapan dan bola sampai kepada Gaston Ramirez yang bergelut dengan Zabaleta menyebabkan bola terpantul ke arah gawang menewaskan Hart tetapi cuma terkena tiang lalu bola pun bergolek ke kaki Meyler yang mudah menendang masuk gol Hull.
Hull hampir-hampir mendahului di minit ke-16 tetapi nasib baik tandukan Elmohamady hanya sekadar terkena palang. Namun nasib baik City tidak berulang di minit ke-35. Keadaan kelam-kabut pertahanan City dalam usaha mengeluarkan bola menimbulkan suasana pinball bermula daripada clearance Demichelis yang hanya sampai kepada Livermore yang melihat percubaannya diselamatkan Hart yang keluar ke hadapan dan bola sampai kepada Gaston Ramirez yang bergelut dengan Zabaleta menyebabkan bola terpantul ke arah gawang menewaskan Hart tetapi cuma terkena tiang lalu bola pun bergolek ke kaki Meyler yang mudah menendang masuk gol Hull.
Sekali lagi dalam 4 perlawanan berturut-turut City ketinggalan kepada pihak lawan dan seperti kebiasaan City terus menggandakan serangan. Pilihan Nasri dan Silva yang awalnya dilihat sesuai kelihatan tidak efektif. Berdepan pasukan Hull yang sudah mula memarkir bas dengan memadatkan kotak penalti mereka, pasukan City sukar mencari penetrasi melalui formasi sempit dan di separuh masa kedua Navas diperkenalkan untuk melebarkan permainan. Ini diikuti dengan Milner yang masuk menggantikan Dzeko. Bola terus didominasi City tetapi semuanya tidak berhasil kerana gerakan City terlalu mudah dibaca dan dipatahkan pertahanan Hull.
City sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti apabila Silva dikasari dalam kotak penalti tetapi rayuan City tidak diendahkan pengadil perlawanan. Hanya di minit-minit terakhir perlawanan barulah seperti muncul bibit keberanian daripada City dengan Aguero baru berani membuat larian solo dan Nasri juga berani membuat hantaran kreatif. Ianya hampir menjadi apabila hantaran lambung Nasri berjaya menemui Aguero tetapi rembatan voli beliau hanya sekadar terkena palang. Di saat-saat City berada di ambang kekalahan tampillah Milner menyelamatkan air muka tuan rumah dengan tendangan bebas yang cantik menewaskan McGregor.
Kini 7 mata menjadi pemisah di antara City dan Chelsea setelah menjadi pendahulu bersama di separuh pusingan liga yang lalu. Harapannya kini Toure dan Bony yang bakal kembali akan membawa bersama tuah mereka untuk menukar nasib City.
Fakta menarik perlawanan:
1. Kali terakhir City tidak bolos adalah pada 20/12/2014 dalam kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace.
2. Kemarau menang City berpanjangan kepada 5 perlawanan dalam semua pertandingan. 3 daripadanya adalah di Etihad.
3. Kali terakhir City tidak menang dalam 4 perlawanan BPL berturut-turut adalah pada November 2009.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru