Adakah City dilanda sumpahan Toure? 5 perlawanan terakhir tanpa Toure semuanya berakhir tanpa 3 mata. City seri sebanyak 3 kali dan kalah 2 kali yang turut melihat mereka ditendang keluar dari pertandingan Piala FA. Walaupun Piala Negara-Negara Afrika sudah tamat, Toure dan Bony masih meraikan kemenangan Ivory Coast di negara mereka. Maka mungkin inilah peluang terakhir City untuk mengakhirkan badi kemarau menang mereka.
Toure dan Bony masih bersuka ria |
Selain Toure dan Bony, City mempunyai seleksi penuh dengan tiada pemain yang dilanda kecederaan. Setelah prestasi minggu lalu yang tidak bermaya mungkin Pellegrini akan membuat beberapa pertukaran strategi terutama sekali di bahagian tengah. City perlu mengambil kesempatan ke atas ketiadaan tonggak utama pertahanan Stoke, Ryan Shawcross yang tercedera. Stoke juga akan turun tanpa Peter Odemwingie, Bojan dan Erik Pieters. Melihatkan Stoke berjaya menewaskan City di Etihad ketika dalam pusingan pertama liga, City pasti mahu membalas budi mereka di Britannia. Berdasarkan rekod baik City di tempat lawan musim ini, mungkin ada sedikit peluang untuk City mengutip mata penuh. Ramalan Blog Bulan Biru: Stoke 0 - City 1.
Fakta menarik pra-perlawanan:
Seleksi Blog Bulan Biru |
1. 6 daripada 7 pertembungan terakhir Stoke dan City di Britannia berakhir dengan keputusan seri.
2. City tidak kalah dalam 14 daripada 15 perlawanan terakhir BPL mereka.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru