*Kita mulakan pos kali ini dengan Al-Fatihah di atas pemergian 2 insan yang hebat; Allahyarham Datuk Hasbullah Awang dan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.
Siapa cakap Manchester City tak boleh menang tanpa Yaya Toure? 2 badi ditamatkan sekaligus apabila City membelasah Stoke 1-4 di stadium Britannia. Kali terakhir City melakar kemenangan di Britannia adalah pada tahun 1999 ketika kedua-dua pasukan bermain di dalam Divisyen 2 dan tanpa Toure dalam 5 perlawanan sebelum ini, City gagal melakar sebarang kemenangan walaupun skuad mereka meyambut kembali kehadiran Aguero, Kompany dan Nasri.
Toure masih lagi tidak bersama skuad City kerana meraikan kejayaan Ivory Coast menjadikan Britannia pentas terakhir untuk City menamatkan badi tanpa-Toure mereka. Seperti dijangka setelah aksi kurang bermaya dalam perlawanan lepas, Pellegrini membuat pertukaran di bahagian tengah dengan menurunkan 5 pemain tengah dan menggunakan formasi 4-5-1 (atau 4-2-3-1).
Berbeza dengan perlawanan sudah di mana City lebih banyak mendominasi permainan, Stoke dilihat menguasai permainan awal dan beberapa kali menduga Hart di gawang City. Hart tampak kurang meyakinkan tetapi City bernasib baik berjaya mengekang tekanan daripada pasukan Stoke. Kedudukan 0-0 kekal sehingga minit ke-33 apabila ketika City mempertahankan sepakan percuma Stoke, Milner menendang bola jauh ke hadapan dan bola sampai kepada Aguero yang terpaksa bergelut dengan Muniesa untuk merebut bola. Setelah berjaya memenangi bola, Aguero membawa bola ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan leret menewaskan Begovic.
Namun gol pendahuluan City hanya sempat dinikmati selama 5 minit apabila Peter Crouch menyamakan kedudukan. Gerakan bermula dengan Crouch sendiri dari bahagian tengah dan bola sampai ke kaki Arnautovic yang kemudiannya membuat hantaran jauh-lambung-silang menuju ke dalam kotak penalti City. Kompany cuba untuk mengejar dan menanduk bola keluar tetapi tidak kesampaian dan Crouch yang berada di belakang beliau berjaya menanduk bola masuk menjadikan kedudukan 1-1.
Di penghujung babak pertama City seolah-olah berjaya mendapatkan gol kedua tetapi dibatalkan oleh pengadil kerana Aguero menggunakan tangan beliau dan dikenakan kad kuning.
Permainan City semakin mantap di separuh masa kedua dan selepas 10 minit babak kedua mereka berjaya mendapatkan gol kedua. Gabungan cantik Nasri dan Silva di sayap kanan memperkotak-katikkan pertahanan Stoke sebelum hantaran silang Nasri berjaya menemui tandukan Milner yang membuat larian ke dalam kotak penalti.
City semakin yakin dengan permainan mereka dan Stoke pula semakin tertekan sehingga memaksa pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada City di minit ke-70 apabila Silva dijatuhkan dalam kotak penalti. Aguero tampil ke hadapan dan mudah menewaskan Begovic untuk mengutip gol kedua beliau hari itu.
Pesta gol City belum berakhir lagi apabila di minit ke-76, Nasri dan Dzeko bertukar hantaran untuk membuka ruang kepada Nasri meledakkan rembatan menewaskan Begovic buat kali keempat.
Hujan 4 gol menjadi ganti kemarau 4 perlawanan BPL sebelum ini. Harap-harap 'hujan' ini diteruskan sehingga ke penghujung musim.
Fakta menarik perlawanan:
1. Kemenangan ini menjadikan City pasukan terbaru mengumpulkan 1000 mata BPL.
2. Ini hanyalah kemenangan kedua City dalam tahun 2015.
3. Peter Crouch menghadapi situasi ditelan mati emak, diluah mati bapak kerana ibu beliau adalah seorang penyokong tegar City manakala ayah beliau pula menyokong Chelsea.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru