Sabtu, 21 Februari 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Newcastle United


Kemarau Brittania sudah ditamatkan dalam perlawanan lalu bersama-sama dengan kemarau gagal menang tanpa Toure. Kini satu lagi kemarau yang perlu diakhiri City iaitu kemarau menang di Etihad yang sudah mencecah kepada 3 perlawanan. 2 daripada 3 perlawanan itu berakhir dengan kekalahan (Arsenal dan Middlesbrough) dan keputusan seri dengan Hull City hanya hadir pada masa tambahan apabila Milner menjadi penyelamat.

Hari ini Milner tidak mampu menjadi penyelamat kerana tercedera. Tetapi City menyambut kembali kepulangan Yaya Toure dan juga penyerang baru Wilfried Bony. Selain ketiadaan Milner, City berada dalam kekuatan penuh untuk menghadapi pasukan Newcastle yang teruk dilanda krisis kecederaan. Siem de Jong, Rolando Aarons, Rob Elliot, Steven Taylor, Paul Dummett, Cheick Tiote dan Remy Cabella kesemuanya tidak dapat diturunkan kerana tercedera dan senarai itu mungkin turut disertai Ryan Taylor dan Gutierrez yang masih belum cukup cergas. Walaubagaimanapun City tidak boleh memandang enteng keadaan Newcastle dan perlu memberi aksi 100% untuk menamatkan kemarau di Etihad dan juga membalas dendam kekalahan kepada Newcastle di Etihad dalam pertandingan Piala Liga yang lalu. Ramalan Blog Bulan Biru: City 2 - Newcastle 0.

Seleksi Blog Bulan Biru
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.