Selepas Newcastle, Bournemouth pula menjadi mangsa kerakusan Manchester City di Etihad. City menang selesa 5-1 di hadapan kehadiran rekod penonton dengan jaringan hatrik Raheem Sterling dan 2 gol oleh Wilfried Bony. Selepas persembahan hambar ketika menentang Newscastle sehingga beliau dikeluarkan, Sterling mempamerkan aksi bernilai £49 juta dengan mencatatkan hatrik BPL pertama beliau.
Perlawanan dimulakan dengan memberi penghormatan terakhir kepada Howard Kendall yang pernah mengurus City pada tahun 1989-1990. Seperti diramalkan Bony turun sebagai penyerang utama namun sedikit perubahan taktikal oleh Pellegrini yang meletakkan Sterling di posisi sentral dan De Bruyne bermain di sayap kiri.
Permainan terbuka dan tempo rancak dimainkan kedua-dua pasukan. Bournemouth terlebih dahulu menghidu peluang mengejutkan tuan rumah namun Otamendi cekap membuat bentesan kemas membasmi ancaman. City tidak perlu menunggu lama untuk memecah kebuntuan. Di minit ke-7, Fernandinho berjaya mencari larian Zabaleta di sayap kanan yang menghantar bola ke dalam kotak penalti. Bola sampai ke kaki Bony yang mengumpan kepada Sterling untuk City berada 1-0 di depan.
Ketiadaan Kolarov dan Clichy memaksa Sagna untuk mengisi posisi bek kiri tetapi beliau tidak sedikit pun kelihatan janggal bermain di situ. Hasilnya di minit ke-11, City menggandakan kelebihan menjadi 2-0. Semuanya bermula dengan hantaran silang oleh Sagna dari sebelah kiri. Bola yang sepatutnya mudah didakap Federici termuntah dan Bony segera menangguk di air yang keruh mencuri bola dan menolak ke dalam gol yang kosong.
2-0 di depan seawal 15 minit pertama mengalpakan sedikit pemain City yang mula memperlahankan tempo dan bermain secara kasual. Bournemouth segera menyedarkan mereka dengan merapatkan jurang. Mangala lewat menutup ruang Glenn Murray dan dengan sedikit biasan oleh Mangala sendiri rembatan deras Murray berjaya menewaskan Hart di minit ke-22.
Tersentap dengan jaringan Bournemouth, City segera kembali fokus dan memperkemaskan langkah. Dalam satu gerakan mantap, De Bruyne membuat hantaran cantik melepaskan Sterling ke kawasan penalti Bournemouth. Sterling dengan penuh ketenangan abadi mengawal bola dan menggelecek 2 pemain Bournemouth sebelum menyumbat gol ketiga City.
City kini bermain penuh keyakinan dan ia terserlah dalam permainan para pemain terutama sekali Sterling yang menyinar di bahagian sentral. Sebelum rehat separuh masa, City menambah lagi derita Bournemouth dengan jaringan gol keempat. Navas menunjukkan kepantasan beliau dengan mencuri bola daripada pertahanan Bournemouth dan menewaskan Federici yang meluru keluar. Gawang lawan kini terhidang luas namun Navas tidak segera menolak masuk bola. Mungkin masih trauma dengan insiden percubaan ke laut kaki kiri beliau, Navas bertekad mahu menggunakan kaki kanan. Malangnya Navas mengambil masa terlalu lama dan Federici sempat turun untuk menghadang tendangan Navas. Mujurlah Sterling segera mendapatkan bola liar dan menendang masuk hatrik pertama beliau.
Selesa dengan kedudukan 4-1, Toure dikeluarkan pada rehat separuh masa dan digantikan dengan Fernando. Ini merupakan satu pertukaran strategik untuk memastikan kecergasan Toure terjamin. Malahan andai Toure mengumpul satu kad kuning, beliau terpaksa digantung untuk perlawanan menentang Manchester United nanti.
City terus mengawal permainan sepanjang separuh masa kedua. Di penghujung babak permainan, Bony melengkapkan kejayaan City dengan gol kedua beliau. Navas membuat larian membawa bola di sayap kanan dan membuat hantaran lintang kepada Bony yang dengan senangnya membuat sudahan.
Pemain terbaik City semestinya milik Sterling yang selepas dikritik hebat menonjolkan potensi sebenar beliau. Keputusan memainkan beliau di posisi sentral sememangnya tepat sekali dan ianya telah membuahkan hasil. Penulis sendiri ada membuat penilaian ini terhadap Sterling dan ternyata ia menepati jangkaan.
Fakta menarik perlawanan:
1. Kehadiran penonton seramai 54,502 orang adalah rekod baru Etihad mengatasi catatan 54,331 penonton semasa menentang Chelsea di awal musim.
2. Sterling merupakan pemain City kedua selepas Tevez yang berjaya menjaringkan hatrik BPL di dalam separuh masa pertama.
3. Sterling menjadi pemain ke-11 menjaringkan hatrik BPL sebelum berumur 21 tahun.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Sumber: Siaran Langsung Astro, BBC, Twitter
City kini bermain penuh keyakinan dan ia terserlah dalam permainan para pemain terutama sekali Sterling yang menyinar di bahagian sentral. Sebelum rehat separuh masa, City menambah lagi derita Bournemouth dengan jaringan gol keempat. Navas menunjukkan kepantasan beliau dengan mencuri bola daripada pertahanan Bournemouth dan menewaskan Federici yang meluru keluar. Gawang lawan kini terhidang luas namun Navas tidak segera menolak masuk bola. Mungkin masih trauma dengan insiden percubaan ke laut kaki kiri beliau, Navas bertekad mahu menggunakan kaki kanan. Malangnya Navas mengambil masa terlalu lama dan Federici sempat turun untuk menghadang tendangan Navas. Mujurlah Sterling segera mendapatkan bola liar dan menendang masuk hatrik pertama beliau.
Pesanan nakal penaja kepada Navas. Hiburan selingan semata-mata :P |
City terus mengawal permainan sepanjang separuh masa kedua. Di penghujung babak permainan, Bony melengkapkan kejayaan City dengan gol kedua beliau. Navas membuat larian membawa bola di sayap kanan dan membuat hantaran lintang kepada Bony yang dengan senangnya membuat sudahan.
Pemain terbaik City semestinya milik Sterling yang selepas dikritik hebat menonjolkan potensi sebenar beliau. Keputusan memainkan beliau di posisi sentral sememangnya tepat sekali dan ianya telah membuahkan hasil. Penulis sendiri ada membuat penilaian ini terhadap Sterling dan ternyata ia menepati jangkaan.
Posisi purata setiap pemain City |
Penulis berkongsi pendapat berkenaan Sterling di laman Twitter sehari sebelum perlawanan |