Di sepanjang bulan Oktober ini, Manchester City akan berkampung di Manchester. Kesemua 6 perlawanan City yang berlangsung bulan ini akan dimainkan di dalam Manchester. 3 perlawanan BPL, 1 perlawanan UCL dan 1 perlawanan Piala Liga akan dimainkan di Etihad sementara satu perlawanan lagi adalah derbi Manchester di Old Trafford.
Memulakan rangkaian perlawanan di Manchester ini ialah pertemuan menentang Newcastle. Anjakan semangat dari kebangkitan di Monchengladbach pasti masih lagi hangat di hati para pemain. Memang tepat sekali masa suntikan semangat itu setelah City tewas perlawanan BPL 2 kali berturut-turut. Tiada Toure dan Kompany yang belum cergas. Tetapi prestasi Fernando musim ini agak baik untuk bergandingan bersama Fernandinho. Di bahagian pertahanan pula Mangala disahkan cergas untuk diturunkan namun kebolehan Demichelis membaca perlawanan sangat tidak ternilai. Zabaleta mungkin hanya akan mengisi kerusi simpanan menunggu panggilan di separuh masa kedua.
Newcastle berjaya mengekang Chelsea di perlawanan terakhir mereka. City perlu berhati-hati dengan ancaman Ayoze Perez.
Ramalan Blog Bulan Biru: City 2 - Newcastle 0.
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Newcastle adalah lawan BPL yang memegang rekod terburuk bertemu City. Setakat ini mereka gagal menang dalam 17 pertembungan menentang City (D2 L15). Bagaimanapun rekod sepanjang zaman masih milik Barnsley iaitu 19 perlawanan berturutan tanpa menang menentang City.
2. Newcastle gagal mencari gawang ketika menentang City dalam 5 pertembungan terakhir mereka.
3. City tewas 2 perlawanan BPL terakhir mereka. Kali terakhir mereka tewas 3 perlawanan BPL berturutan adalah pada tahun 2008.
4. City tidak mencatatkan keputusan seri dalam 21 perlawanan BPL terakhir mereka.
5. Newcastle belum mencatat sebarang kemenangan musim ini. Malahan mereka hanya menang 1 daripada 18 perlawanan BPL terakhir mereka.
6. Newcastle adalah penjaring terendah BPL musim ini (5 gol) bersama-sama Watford.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Sumber: BBC