City bakal membuat keuntungan sebanyak £1 juta apabila pasukan La Liga, SD Eibar bersetuju mengaktifkan klausa pelepasan pemain pertahanan City, Florian Lejeune. Pemain pertahanan berusia 25 tahun asal Perancis itu dibeli oleh City pada 2015 daripada Girona dengan bayaran sebanyak £215,000. Lejeune hanya menjadi pemain City di atas kertas kerana beliau terus dipinjamkan kepada Girona selama satu musim. Terdapat seorang lagi pemain City yang dibeli dan dipinjamkan terus kepada Girona musim lepas iaitu Ruben Sobrino.
- Bulan Biru