Sebelum ini dikatakan Manchester City sudah memeterai persetujuan untuk membeli pemain sayap Colombia, Marlos Moreno. Walaubagaimanapun ejen pemain tersebut, Eladio Tamayo memberitahu nasib Moreno hanya akan ditentukan seawalnya hari Jumaat nanti.
Selepas menyertai Colombia di kejohanan Copa America Centenario, Moreno akan kembali ke kelab beliau, Atletico Nacional untuk membantu mereka di dalam kempen Piala Libertadores. Selain City, Moreno juga cuba dipikat kelab Itali, Fiorentina. Namun jika City berjaya mendapatkan tandatangan Moreno, beliau berkemungkinan besar akan dipinjamkan ke kelab Sepanyol kerana sukar untuk mendapatkan permit kerja UK.
- Bulan Biru