Selasa, 21 Jun 2016

Ringkasan Berita MCFC (21.6.2016)

1. [Gazzetta dello Sport] - AS Roma menawarkan kontrak 3 tahun kepada Pablo Zabaleta. Zabaleta dikatakan boleh berpindah ke Itali dengan lingkungan transaksi sekitar £3.8 juta~£4.6 juta. Selain AS Roma, Inter juga berminat untuk membawa Zabaleta ke Itali. AS Roma perlu menunggu sehingga 30 Jun untuk mendengar kata putus.


2. [Telegraph] - Klausa pelepasan Andros Townsend bernilai £10.5 juta sedang menarik minat City yang boleh menimbangkan pembelian Townsend sebagai pelan B jika Leroy Sane tidak menyertai City. Namun City berdepan dengan perebutan bersama Liverpool jika mahu menandatangani Townsend. Selain Townsend, Theo Walcott dan Alex Oxlade-Chamberlain juga sedang berada di bawah radar City.

3. [Mundo Deportivo] - Nolito sudah buat keputusan untuk bermain di Liga Perdana Inggeris musim depan. Manchester City dikatakan menjadi kelab pilihan Nolito.

4. [The Sun] -  City mahu memuktamadkan perpindahan Leroy Sane ke Manchester seawal hari Rabu dengan nilai perpindahan sebanyak £40 juta tetapi sedang berdepan cabaran daripada Bayern Munich.

5. [Daily Mail] - Pierre-Emerick Aubameyang berminat untuk bermain di bawah kendalian Pep Guardiola dan mahu meninggalkan Borussia Dortmund.

6. [SPORT] - Pep Guardiola menasihati Soriano dan Txiki supaya tidak membuat sebarang tawaran membeli Neymar. Pada pandangan beliau, Neymar tidak akan dapat menyesuaikan diri untuk bermain di Manchester.


7. [AS] - Selepas dikaitkan dengan AC Milan dan Southampton, Manuel Pellegrini mendapat tawaran daripada Russia untuk mengurus pasukan kebangsaan mereka. Jika Pellegrini menerima tawaran tersebut ia bermakna Russia menjadi negara pertama yang diuruskan oleh Pellegrini.

- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.