Jersi home dan away Manchester City untuk musim 2016/17 sudah tersebar di internet. Walaupun ianya belum disahkan secara rasmi tetapi rasanya kebarangkalian untuk ianya benar adalah 99.5%. Buat pertama kali warna biru tua mengambil peranan yang lebih besar dalam jersi home City. Sebelum ini biru tua hanya digunakan sebagai warna corak dan hiasan sahaja seperti di bahagian kolar dan lengan. Mengikut tradisi City untuk jersi home biru langit biasanya digandingkan dengan warna putih dan kadang-kala dihiasi corak warna hitam ataupun biru tua.
Untuk jersi away mungkin ini kali pertama warna merah wain diperkenalkan. Warna merah yang pernah digunakan City sebelum ini ialah merah darah dan maroon.
Nampaknya untuk musim 2016/17 ini serba-serbi baru untuk City. Pengurus baru, lencana baru dan tradisi warna jersi pun baru.
- Bulan Biru
Nampaknya untuk musim 2016/17 ini serba-serbi baru untuk City. Pengurus baru, lencana baru dan tradisi warna jersi pun baru.
- Bulan Biru