Florian Lejeune dan Ruben Sobrino adalah 2 pemain yang dibeli Manchester City dan kemudiannya terus dipinjamkan kepada Girona FC. Selepas Florian Lejeune dikhabarkan bakal dilamar SD Eibar, kini Ruben Sobrino pula sedang menarik minat pasukan-pasukan lain. Ruben Sobrino kini sedang dikaitkan bersama 6 pasukan iaitu Stoke City, Genoa, Real Betis, Sevilla, Las Palmas dan Deportivo La Coruna.
Penyerang berusia 24 tahun itu dibeli City di awal musim 2015/16 dari kelab Ponferradina dengan jumlah perpindahan £200,000. Persembahan Sobrino di Segunda Liga dilihat agak memberansangkan musim ini dan bekas pemain akademi Real Madrid itu dilihat sedang akan mencari jalan keluar untuk bermain di tahap yang lebih tinggi seperti EPL ataupun La Liga. Seperti kes Lejeune, dilaporkan City bakal mengaut keuntungan dari transaksi penjualan Sobrino.

- Bulan Biru