Cepat namakan pemain dalam skuad terkini Manchester City yang memakai nombor jersi 23. Berani jamin kerat jarilah tak akan jumpa sampai bila-bila. Kalau ada peminat City yang cakap ada pemain yang pakai nombor 23 maka dia memang pakar. Pakar auta.
Ini kerana nombor 23 sudah digantung oleh pasukan City sebagai tanda penghormatan kepada pemain terakhir yang menggunakan nombor tersebut, Marc-Vivien Foe. Foe bermain bersama City pada musim 2002/03 sebagai pemain pinjaman dari kelab Perancis, Lyon. Dalam musim tunggal Foe bersama City beliau sempat mencetak 9 gol di dalam 38 penampilan.
Marc-Vivien Foe meninggal dunia ketika beraksi bersama Cameroon di dalam pertandingan Piala Konfederasi menentang Colombia. Punca kematian beliau ialah disebabkan kegagalan jantung.
Sebagai penghormatan terakhir buat Marc-Vivien Foe, Manchester City menggantung nombor 23 manakala Lens dan Lyon menggantung nombor 17 (pengecualian diberikan kepada pemain Cameroon, Jean Il Makoun yang menggunakan nombor 17 semasa berpindah ke Lyon sebagai memperingati Foe). Selain City, Foe pernah bermain di England bersama kelab West Ham United.