Jumaat, 30 September 2016
Zon Analisis - Persembahan Pertahanan Pengaruhi Keputusan Di Celtic
Pasukan Manchester City kembali bermain kepada gaya permainan kebiasaan mereka semasa di Celtic. Ini boleh dilihat pada pola hantaran dan posisi purata para pemain yang membentuk 'W' berganda yang merupakan templat asas City musim ini. Ruang dikuasai melalui pemain sayap yang bermain lebar dan perlaksanaan permainan dari bawah.
Sumber: @11tegen11 |
Namun bilamasa taktik dan formasi pasukan sudah tersedia, persembahan individu yang lemah di bahagian pertahanan membolehkan pasukan Celtic mengambil peluang dan menghukum kelewaan City. 3 kali City didahului Celtic dengan 2 gol lawan boleh dipertahan dengan lebih baik. Persembahan Aleksandar Kolarov yang gugup di bahagian pertahanan tengah terutama sekali mendapat perhatian.
Permainan Celtic yang memberi tekanan kuat adalah satu faktor kepada perkara tersebut. Di sini dibandingkan persembahan 2 pertahanan tengah dalam mempengaruhi penguasaan pasukan untuk perlawanan menentang Celtic (Otamendi-Kolarov) dan Borussia Monchengladbach (Otamendi-Stones).
Ternyata kemasukan Stones dan pengalihan Kolarov ke bahagian bek kiri di pertengahan separuh masa kedua membawa kestabilan kepada barisan pertahanan City. Kebolehan Kolarov membuat hantaran adalah faktor keputusan mengapa Clichy yang dikeluarkan berbanding Kolarov. Clichy bermain agak baik sebagai pertahanan tetapi tidak menawarkan sebarang aspek penetrasi dari sebelah kiri.
- Bulan Biru
Tags:
Analisis,
Borussia Monchengladbach,
Celtic,
Manchester City,
UCL
Selasa, 27 September 2016
Aksi The Poznan Akan Kembali Di Celtic?
Tanggal 21 Oktober 2010 penyokong Manchester City dipertontonkan buat pertama kali oleh penyokong Lech Poznan gaya aksi melompat beramai-ramai sambil membelakangkan padang. Tertarik dengan gaya tersebut, penyokong City meminjam gaya itu dan mula diaksikan beramai-ramai ketika perlawanan City. Gaya itu digelar sebagai 'The Poznan' sebagai memberi penghormatan kepada sumber asal sambutan tersebut. Semenjak itu aksi 'The Poznan' menjadi sinonim dengan Manchester City.
Kebelakangan ini agak jarang kita melihat para penyokong City melakukan aksi 'The Poznan' lagi tetapi adakah kita bakal melihat gaya itu bangkit semula dalam pertemuan menentang Celtic nanti? Kenapa? Ini kerana penyokong Celtic juga mengamalkan gaya aksi yang sama dengan 'The Poznan' tetapi mereka menggelarnya 'The Huddle'. Mereka mendakwa gaya itu bukan terinspirasi daripada Lech Poznan ataupun Manchester City. Sebaliknya mereka mengaitkan gaya itu dengan upacara 'huddle' pasukan Celtic yang dilakukan di atas padang sebelum perlawanan bermula. Penyokong Celtic mula mengamalkan aksi 'The Huddle' semenjak tahun 2011. Adakah kedua-dua penyokong City dan Celtic akan ber'Poznan' atau ber'Huddle' bersama-sama?
Lech Poznan - Grecque
Manchester City - The Poznan
Celtic - The Huddle
Manchester City - The Poznan
Celtic - The Huddle
- Bulan Biru
Zon Analisis - Jurang Taktik City Di Swansea
Di awal musim terbit soalan tentang bagaimana Pep Guardiola mahu meletakkan Kevin De Bruyne, David Silva, Ilkay Gundogan dan Fernandinho dalam formasi Manchester City jika kesemua mereka boleh dimainkan. Dengan formasi 4-3-3 (atau 4-1-4-1 jika anda mahu) hanya ada ruang untuk 3 pemain sahaja di bahagian sentral. Satu solusi yang dilontarkan ialah untuk memainkan De Bruyne di bahagian sayap dan inilah yang yang dilakukan oleh Guardiola di Swansea. Tanpa Nolito yang digantung perlawanan, Guardiola tidak meletakkan Sane di bahagian sayap sebaliknya bermula dengan De Bruyne di sayap kiri.
Berbeza dengan perlawanan lain sebelum ini, pemain sayap De Bruyne dan Sterling kelihatan gemar bergerak masuk ke arah sentral dan ini menyebabkan hilangnya aspek lebar dalam formasi City dan menyesakkan bahagian sentral. Ini memudahkan Swansea membentuk formasi yang lebih ketat dan City sukar mencari jalan menembusi barisan pertahanan mereka. Guardiola yang menyedari masalah ini mengubah posisi De Bruyne ke bahagian sentral dan Silva beralih ke bahagian sayap di separuh masa kedua. Walaupun Silva bukan seorang pemain sayap tulen dan tidak menawarkan kelebaran sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya kawasan sentral di separuh masa kedua menjadi kurang sesak. Di perlawanan lain sebelum ini barisan atas City sering bermain lebar untuk meregangkan pertahanan lawan. Mungkinkah Guardiola sebenarnya bereksperimen di separuh masa pertama?
Perbandingan boleh dilihat pada peta haba (MR, ML, MC) dan posisi purata pemain City di antara 3 perlawanan berikut:
Swansea vs Manchester City
Manchester City vs Bournemouth
Manchester City vs Borussia Monchengladbach
- Bulan Biru
Jumaat, 23 September 2016
Khamis, 22 September 2016
Aksi MOTM Aleix Garcia (Swansea vs Man City)
Persembahan mantap pemain tengah berusia 19 tahun, Aleix Garcia dianugerahkan penghargaan sebagai MOTM dalam perlawanan Piala Liga Inggeris menentang Swansea. Garcia berlagak bos menguasai segenap kawasan padang dan menjadi penggerak utama pasukan untuk mencapai kemenangan 2-1.
Sorotan Gol - Swansea (1) vs Manchester City (2)
Swansea City 1
Gylfi Sigurdsson - 93'
Manchester City 2
Gael Clichy - 49'
Aleix Garcia - 68'
Rabu, 21 September 2016
Seluk Mahu Guardiola Minta Maaf Dahulu
Nampaknya Yaya Toure tidak akan menyertai pasukan Manchester City buat sementara waktu. Ekoran pendedahan di sidang media berkenaan Yaya Toure dan tuntutan permohonan maaf oleh Pep Guardiola, Dimitri Seluk tampil dengan beberapa komen balas.
Seluk berkata, "Guardiola baru menang beberapa perlawanan sudah menganggap dirinya raja."
Tambah Seluk, "Saya tinggal Eropah jadi saya boleh cakap suka hati saya dan Guardiola tak boleh halang saya."
Kemudian Seluk cuba mengheret Manuel Pellegrini ke dalam kancah konflik ini dengan berkata, "Saya hanya akan meminta maaf kepada Guardiola jika dia meminta maaf kepada Pellegrini di atas apa yang dia (Guardiola) lakukan kepadanya."
Nama Joe Hart turut dipetik Seluk, "Guardiola juga mesti meminta maaf kepada Hart. Ianya tidak normal dan tidak betul untuk datang ke sini dan membuang beberapa pemain Inggeris."
Nama Joe Hart turut dipetik Seluk, "Guardiola juga mesti meminta maaf kepada Hart. Ianya tidak normal dan tidak betul untuk datang ke sini dan membuang beberapa pemain Inggeris."
Seluk betul-betul meyeluk pekasam hingga ke pangkal lengan nampaknya.
- Bulan Biru
Selasa, 20 September 2016
Kata Dua Guardiola Kepada Kem Yaya Toure
Saksikan kemarahan Guardiola kepada ejen Yaya Toure di sidang media Manchester City. Makluman: istilah "manager" yang digunakan Guardiola dalam sidang media adalah merujuk kepada ejen pemain dan bukannya pengurus pasukan.
Guardiola Berang Dengan Ejen Toure, Mahukan Permohonan Maaf
Sebelum ini ramai menyangkakan Yaya Toure bakal beraksi menentang Swansea tetapi ia segera disangkal oleh Pep Guardiola. Ini kerana Guardiola tersangatlah berang dengan ejen Toure, Dimitri Seluk.
Guardiola menyatakan adalah keputusan yang sukar untuk meninggalkan nama Toure daripada skuad UCL City tetapi nekad dengan keputusan itu selepas ejen Toure bersuara. Seluk memberi komen tentang penyingkiran Toure yang berbunyi, "Jika beliau (Guardiola) memenangi UCL musim ini saya akan ke England dan berkata di televisyen, 'Pep Guardiola adalah pengurus terbaik di dunia'. Tetapi jika tidak saya harap Guardiola jadilah anak jantan dan mengakui kesilapan beliau memalukan pemain hebat seperti Yaya."
Pendirian Guardiola adalah muktamad - Toure tidak akan bermain untuk City selagi tiada permohonan maaf rasmi daripada pihak Toure.
Pendirian Guardiola adalah muktamad - Toure tidak akan bermain untuk City selagi tiada permohonan maaf rasmi daripada pihak Toure.
- Bulan Biru
Agensi Bocor 2 Nama Bintang Muda Dalam Skuad EFL City
Agensi 2 pemain muda Manchester City, Brahim Diaz (17) dan Pablo Maffeo (18) telah mendedahkan di laman web mereka yang 2 pemain tersebut akan tersenarai dalam skuad Pep Guardiola untuk menentang Swansea di perlawanan Piala Liga Inggeris (EFL).
Walaubagaimanapun memandangkan City masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi maka entri di laman web dan Twitter agensi itu berkenaan pemilihan Diaz dan Maffeo telah dipadam dengan segera.
Bagaimana? Adakah teruja untuk melihat aksi 2 anak Bulan Biru ini nanti? Sabtu lepas, peminat City telah melihat aksi debut pemain tengah, Aleix Garcia.
Bagaimana? Adakah teruja untuk melihat aksi 2 anak Bulan Biru ini nanti? Sabtu lepas, peminat City telah melihat aksi debut pemain tengah, Aleix Garcia.
- Bulan Biru
Rasmi - City Perkenal Kit Ketiga
Hari ini Manchester City dengan rasminya memperkenalkan kit ketiga mereka. Kit dengan gabungan warna biru dan jingga itu akan dipakai buat pertama kali ketika perlawanan Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Swansea nanti. Jadi jangan lepaskan peluang menonton!
- Bulan Biru
Inilah Orang Yang Menjaga Perut Para Pemain City
Aleksandar Kolarov memuji pendekatan Pep Guardiola dan barisan stafnya yang telah memantapkan prestasi pasukan melalui latihan dan rutin harian para pemain. Kini Guardiola menambah lagi senarai staf beliau dengan membawa masuk pakar nutrisi, Silvia Tremoleda untuk memantau makan minum pasukan City.
Tremoleda pernah bekerjasama dengan Guardiola semasa di Barcelona dan beliaulah yang bertanggungjawab mengawalselia diet Lionel Messi semasa pemulihan Messi yang dilanda krisis kecederaan. Mungkin dengan diet yang baharu nanti semakin kurang para pemain City yang akan tercedera dan pasukan akan terus 'kebal' harap-harapnya.
- Bulan Biru
Cerita Di Sebalik Gaya Rai Gol Iheanacho
Dah berapa kali penyerang muda sensasi Kelechi Iheanacho menjaringkan gol untuk Manchester City? Banyak bukan? Berapa kali kalian tengok gaya dia raikan gol? Kalau perasan gaya dia sama sahaja; 2 jari telunjuk menuding ke langit.
Jadi kalau nak tahu kenapa Iheanacho suka buat gaya tersebut maka ini jawapannya: Daniel Bryan. Ya bintang gusti WWE yang terkenal dengan laungan "YES!" itu sangat diminati Iheanacho sehingga beliau meniru gaya Bryan untuk meraikan gol. YES! YES! YES! YES! YES! YES! YES! YES! YES!
- Bulan Biru
Isnin, 19 September 2016
Inilah Punca Sebenar Toure Ponteng Sesi Bergambar
Carilah muka Yaya Toure dalam gambar foto skuad utama musim ini. Gagal ketemu bukan? Sudahlah tidak tersenarai untuk skuad UCL. Untuk bergambar bersama pun tidak diajak? Melampau betul Manchester City.
Tapi jangan cepat sangat melenting. Sebenarnya Yaya Toure tidak hadir ke sesi bergambar pasukan pada hari itu kerana mengalami migrain. Toure diberi rehat selama 3 hari kerana migrain beliau itu. Ini bukanlah kali pertama Toure dilanda migrain. Masalah migrain Toure ini boleh dikesan semenjak tahun 2010 lagi dan berulang beberapa kali. Semoga cepat sembuh Yaya.
- Bulan Biru
Statistik De Bruyne Semenjak Sertai City
Memang layaklah Kevin De Bruyne menjadi pemain termahal Manchester City. Pulangannya pun berbaloi dengan modal £54 juta.
- Bulan Biru
Aksi Debut Aleix Garcia (Man City vs Bournemouth)
Saksikan aksi debut bintang masa depan Manchester City, Aleix Garcia dalam perlawanan Manchester City menentang Bournemouth tempohari.
Ahad, 18 September 2016
Sorotan Gol - Manchester City (4) vs Bournemouth (0)
Kelechi Iheanacho - 25'
Raheem Sterling - 48'
Ilkay Gundogan - 66'
Bournemouth 0
Bournemouth 0
EPL 16/17: Manchester City (4) - Bournemouth (0) from Bulan Biru ManCity on Vimeo.
Sabtu, 17 September 2016
Snapchat City Cetus Persoalan
Satu entri Snapchat akaun rasmi Manchester City mengesahkan kemasukan 5 pemain EDS; Angus Gunn, Tosin Adarabioyo, Angelino Tasende, Pablo Maffeo dan Aleix Garcia ke dalam skuad utama City. Mereka dilihat bergambar bersama-sama pasukan skuad utama. Tapi timbul pula persoalan lain...
...di manakah Yaya Toure?
- Bulan Biru
Khamis, 15 September 2016
Selasa, 13 September 2016
Previu UCL 16/17 - "Glad We're Bach"
Manchester City akan memulakan kempen Liga Juara-Juara mereka musim ini bertemu dengan Borussia Monchengladbach. Bak deja vu City dan Gladbach juga berada dalam kumpulan sama musim lepas di mana City memenangi kedua-dua perlawanan kumpulan mereka.
- City menyambut kembali khidmat Sergio Aguero. Hukuman gantung beliau tidak melibatkan perlawanan Eropah.
- Aguero sudah tidak menjaringkan gol dalam 5 perlawanan UCL menyamai kemarau terpanjang beliau dalam pertandingan tersebut.
- Ilkay Gundogan dan Vincent Kompany mungkin akan diturunkan bersama pasukan buat pertama kali musim ini.
Isnin, 12 September 2016
Zon Statistik - Pivot Tunggal City Kuasai Dwi-Pivot United
Dalam perlawanan derbi Manchester ke-172 yang dimenangi Manchester City, salah satu medan pertempuran taktikal utama adalah di bahagian tengah sentral. Manchester City dengan sistem pivot tunggal manakala Manchester United menggunakan sistem dwi-pivot.
Secara logiknya sistem dwi-pivot yang lebih defensif sepatutnya mampu menguasai pertarungan di bahagian tersebut tetapi sebaliknya pergerakan bebas 2 pemain tengah ofensif David Silva dan Kevin De Bruyne dengan mudah menembusi gandingan Marouane Fellaini dan pemain termahal dunia, Paul Pogba. Penguasaan 3 pemain City begitu ketara sehingga memaksa trio sentral United bergerak ke bahagian sayap untuk mencari ruang.
Pertembungan di antara Fernandinho dan Pogba juga sudah dijangka akan menjadi antara penentu keputusan perlawanan. Fernandinho sekali lagi mengisi peranan pivot tunggal dengan begitu berkesan sekali menjadi penggerak utama pasukan dari bahagian bawah dan tengah membuat 57 hantaran sempurna berbanding Pogba yang tenggelam dengan hanya 35 hantaran sempurna sepanjang perlawanan.
Ahad, 11 September 2016
Zon Statistik - United Cuba Serang City Dari Udara
Pergelutan taktikal Jose Mourinho dan Pep Guardiola dilihat berpihak kepada pengurus City di separuh masa pertama apabila City berjaya mendominasi perlawanan dan mendahului 2-1.
Jadi di separuh kedua Mourinho cuba menggunakan kelebihan ketinggian pemain United dengan membuat lebih banyak hantaran bola di udara. 22 daripada 35 pertarungan udara di menangi United dengan 15 daripadanya berlaku di separuh masa kedua.
25 percubaan hantaran lintang dilakukan United berbanding City yang hanya membuat 12 percubaan.
Dapat dilihat penguasaan bola udara United di separuh masa kedua berjaya mengimbangkan dacing perlawanan tetapi City utuh mengekalkan kedudukan 2-1 sehingga ke wisel penamat.
- Bulan Biru
25 percubaan hantaran lintang dilakukan United berbanding City yang hanya membuat 12 percubaan.
Dapat dilihat penguasaan bola udara United di separuh masa kedua berjaya mengimbangkan dacing perlawanan tetapi City utuh mengekalkan kedudukan 2-1 sehingga ke wisel penamat.
- Bulan Biru
Rabu, 7 September 2016
Kenali City - Rekod 100% Derbi Manchester
Sehingga ke hari ini, hanya 2 pengurus Manchester City yang memegang rekod 100% dalam perlawanan derbi Manchester. Tapi apa nak dihairankan mereka hanya sempat mengendali City dalam tempoh yang singkat. 2 pengurus itu ialah:
1. Mel Machin (1987-1989)
Hanya membawa skuad City ke perlawanan derbi sebanyak satu kali sahaja namun perlawanan itu adalah antara derbi Manchester yang paling diingati para peminat. Beliaulah pengurus pasukan City yang membelasah United 5-1 dalam perlawanan yang dikenali sebagai "Penyembelihan Di Maine Road".
2. Sven-Goran Eriksson (2007-2008)
Pengurus Sweden ini adalah pengurus City pertama semenjak 1970 yang berjaya mencatatkan kemenangan berganda dalam satu musim ke atas United. City menang 1-0 hasil jaringan rembatan jarak jauh Geovanni di Stadium Manchester City dan dalam perlawanan di Old Trafford pula Darius Vassell dan Benjamin Mwaruwari menjadi wira City yang berjaya mengalahkan United dengan keputusan 2-1. Sayang sekali Eriksson hanya bertahan selama satu musim sahaja bersama City.
- Bulan Biru
Jumaat, 2 September 2016
Sane, Iheanacho Tiada Dalam Skuad A EPL City?!.. Suatu Penerangan
Semalam Manchester City sudah mendaftarkan senarai pemain skuad A untuk Liga Perdana Inggeris musim 2016/17. Daripada had 25 pemain bersama kuota 17 pemain asing dan 8 pemain homegrown, City hanya mendaftarkan 20 nama (16 asing, 4 homegrown).
Pemain-pemain homegrown dalam skuad A EPL City musim ini ialah:
- John Stones
- Gael Clichy
- Fabian Delph
- Raheem Sterling
Namun menjadi persoalan di manakah nama Leroy Sane dan Kelechi Iheanacho? Mengapa City tidak menyenaraikan mereka dalam skuad A EPL City? Adakah mereka tidak akan beraksi dalam kejohanan EPL musim ini?
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.