Jumaat, 2 September 2016

Sane, Iheanacho Tiada Dalam Skuad A EPL City?!.. Suatu Penerangan


Semalam Manchester City sudah mendaftarkan senarai pemain skuad A untuk Liga Perdana Inggeris musim 2016/17. Daripada had 25 pemain bersama kuota 17 pemain asing dan 8 pemain homegrown, City hanya mendaftarkan 20 nama (16 asing, 4 homegrown).

Pemain-pemain homegrown dalam skuad A EPL City musim ini ialah:

  1. John Stones
  2. Gael Clichy
  3. Fabian Delph
  4. Raheem Sterling

Namun menjadi persoalan di manakah nama Leroy Sane dan Kelechi Iheanacho? Mengapa City tidak menyenaraikan mereka dalam skuad A EPL City? Adakah mereka tidak akan beraksi dalam kejohanan EPL musim ini?

Jangan risau, jangan khuatir. Penerangannya mudah sahaja. Mengikut peraturan EPL, had kuota skuad A hanya tertakluk kepada pemain yang berusia 21 tahun ke atas. Manakala untuk pendaftaran senarai skuad B EPL tiada had jumlah pemain ditetapkan dan satu-satunya syarat pendaftaran ialah pemain tersebut dilahirkan pada/selepas 1 Januari 1995. Maka oleh itu memandangkan Sane dan Iheanacho masih belum mencapai usia 21 tahun maka mereka tidak perlu mengisi kuota skuad A dan hanya perlu didaftarkan bersama skuad B yang tiada had kuota.

- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.