Rabu, 21 September 2016

Seluk Mahu Guardiola Minta Maaf Dahulu


Nampaknya Yaya Toure tidak akan menyertai pasukan Manchester City buat sementara waktu. Ekoran pendedahan di sidang media berkenaan Yaya Toure dan tuntutan permohonan maaf oleh Pep Guardiola, Dimitri Seluk tampil dengan beberapa komen balas.

Seluk berkata, "Guardiola baru menang beberapa perlawanan sudah menganggap dirinya raja."

Tambah Seluk, "Saya tinggal Eropah jadi saya boleh cakap suka hati saya dan Guardiola tak boleh halang saya."

Kemudian Seluk cuba mengheret Manuel Pellegrini ke dalam kancah konflik ini dengan berkata, "Saya hanya akan meminta maaf kepada Guardiola jika dia meminta maaf kepada Pellegrini di atas apa yang dia (Guardiola) lakukan kepadanya."

Nama Joe Hart turut dipetik Seluk, "Guardiola juga mesti meminta maaf kepada Hart. Ianya tidak normal dan tidak betul untuk datang ke sini dan membuang beberapa pemain Inggeris."

Seluk betul-betul meyeluk pekasam hingga ke pangkal lengan nampaknya.

- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.