Tanggal 21 Oktober 2010 penyokong Manchester City dipertontonkan buat pertama kali oleh penyokong Lech Poznan gaya aksi melompat beramai-ramai sambil membelakangkan padang. Tertarik dengan gaya tersebut, penyokong City meminjam gaya itu dan mula diaksikan beramai-ramai ketika perlawanan City. Gaya itu digelar sebagai 'The Poznan' sebagai memberi penghormatan kepada sumber asal sambutan tersebut. Semenjak itu aksi 'The Poznan' menjadi sinonim dengan Manchester City.
Kebelakangan ini agak jarang kita melihat para penyokong City melakukan aksi 'The Poznan' lagi tetapi adakah kita bakal melihat gaya itu bangkit semula dalam pertemuan menentang Celtic nanti? Kenapa? Ini kerana penyokong Celtic juga mengamalkan gaya aksi yang sama dengan 'The Poznan' tetapi mereka menggelarnya 'The Huddle'. Mereka mendakwa gaya itu bukan terinspirasi daripada Lech Poznan ataupun Manchester City. Sebaliknya mereka mengaitkan gaya itu dengan upacara 'huddle' pasukan Celtic yang dilakukan di atas padang sebelum perlawanan bermula. Penyokong Celtic mula mengamalkan aksi 'The Huddle' semenjak tahun 2011. Adakah kedua-dua penyokong City dan Celtic akan ber'Poznan' atau ber'Huddle' bersama-sama?
Lech Poznan - Grecque
Manchester City - The Poznan
Celtic - The Huddle
Manchester City - The Poznan
Celtic - The Huddle
- Bulan Biru