Jumaat, 30 September 2016

Zon Analisis - Persembahan Pertahanan Pengaruhi Keputusan Di Celtic

Pasukan Manchester City kembali bermain kepada gaya permainan kebiasaan mereka semasa di Celtic. Ini boleh dilihat pada pola hantaran dan posisi purata para pemain yang membentuk 'W' berganda yang merupakan templat asas City musim ini. Ruang dikuasai melalui pemain sayap yang bermain lebar dan perlaksanaan permainan dari bawah.

Sumber: @11tegen11
Namun bilamasa taktik dan formasi pasukan sudah tersedia, persembahan individu yang lemah di bahagian pertahanan membolehkan pasukan Celtic mengambil peluang dan menghukum kelewaan City. 3 kali City didahului Celtic dengan 2 gol lawan boleh dipertahan dengan lebih baik. Persembahan Aleksandar Kolarov yang gugup di bahagian pertahanan tengah terutama sekali mendapat perhatian.


Permainan Celtic yang memberi tekanan kuat adalah satu faktor kepada perkara tersebut. Di sini dibandingkan persembahan 2 pertahanan tengah dalam mempengaruhi penguasaan pasukan untuk perlawanan menentang Celtic (Otamendi-Kolarov) dan Borussia Monchengladbach (Otamendi-Stones).



Ternyata kemasukan Stones dan pengalihan Kolarov ke bahagian bek kiri di pertengahan separuh masa kedua membawa kestabilan kepada barisan pertahanan City. Kebolehan Kolarov membuat hantaran adalah faktor keputusan mengapa Clichy yang dikeluarkan berbanding Kolarov. Clichy bermain agak baik sebagai pertahanan tetapi tidak menawarkan sebarang aspek penetrasi dari sebelah kiri.

- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.