Selasa, 13 September 2016

Previu UCL 16/17 - "Glad We're Bach"


Manchester City akan memulakan kempen Liga Juara-Juara mereka musim ini bertemu dengan Borussia Monchengladbach. Bak deja vu City dan Gladbach juga berada dalam kumpulan sama musim lepas di mana City memenangi kedua-dua perlawanan kumpulan mereka.
  1. City menyambut kembali khidmat Sergio Aguero. Hukuman gantung beliau tidak melibatkan perlawanan Eropah.
  2. Aguero sudah tidak menjaringkan gol dalam 5 perlawanan UCL menyamai kemarau terpanjang beliau dalam pertandingan tersebut.
  3. Ilkay Gundogan dan Vincent Kompany mungkin akan diturunkan bersama pasukan buat pertama kali musim ini.
  4. Fabian Delph dan Fernando tidak berlatih bersama pasukan menjelang perlawanan.
  5. Jangkakan pengenalan beberapa pemain muda seperti Angelino dan Aleix Garcia di dalam perlawanan ini nanti.
  6. Gladbach hanya pernah menang satu perlawanan di bumi England (menentang Arsenal).
  7. Daripada 6 perlawanan menentang Gladbach, Pep Guardiola hanya pernah menang 2 kali sahaja (33%) yang merupakan peratusan kemenangan terendah beliau ke atas mana-mana kelab Bundesliga.
  8. Rekod pengurus semasa Gladbach lebih baik lagi. Andre Schubert belum pernah tewas menentang Guardiola malah pernah berjaya menewaskan pasukan beliau (Bayern Munich) di Bundesliga dahulu.
Ramalan Bulan Biru: City 3 - Gladbach 0


- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.