Sabtu, 31 Januari 2015

Statistik 2014/15 - Oscar vs Silva

Hari ini tiada Costa di pihak Chelsea manakala di pihak City, Aguero masih belum kembali kepada tahap sebenar beliau. Maka oleh itu pihak WhoScored.com meletakkan fokus kepada 2 pemain yang dijangka menjadi tunjang pasukan untuk pertembungan hari ini.

Sumber: WhoScored.com
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Chelsea vs Manchester City


'Battle of The Blues: Round 2'. Di pusingan pertama liga, lagenda Chelsea Frank Lampard menjadi penyelamat City dengan jaringan penyamaan di saat akhir. Kini dengan ketiadaan Toure yang masih bertugas bersama Ivory Coast, Lampard sekali lagi boleh memberi impak kepada pertembungan dua gergasi biru ini. Chelsea nampaknya terpaksa turun tanpa 2 pemain tonggak utama mereka musim ini iaitu pembantu gol terbanyak mereka, Fabregas kerana kecederaan dan penjaring terbanyak mereka, Diego Costa yang digantung kerana dikenakan tindakan tatatertib di atas perlakuan kasar ketika bertemu Liverpool tempohari. Pun begitu Chelsea tetap merupakan pasukan yang kuat dengan ancaman daripada Hazard, Oscar, Willian dan si kuda tua Drogba.

Tiada ancaman Fabregas dan Costa hari ini

Ahad, 25 Januari 2015

Analisis Tapak Kaki: Manchester City vs Middlesbrough

Kenapa City kalah semalam? Salah taktik? Salah pilih pemain? Salah Pellegrini, Aguero, Silva, Navas, Caballero atau Kompany? Setelah proses analisa secara cincai dan caca marba, penulis membuat rumusan punca City kalah kepada Boro adalah disebabkan oleh pengadil Phil Dowd. Dengan itu, sebagai langkah seterusnya diharap peminat membuat petisyen menjauhkan pengadil ini daripada terlibat dalam mana-mana perlawanan City hatta menjadi penjaga garisan sekalipun.

Nota tapak kaki: Janganlah serius sangat.



Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Laporan Kaki Bangku: FAC 2014/15 Manchester City (0) - Middlesbrough (2)

City terkejut Boro di Etihad. Laman sendiri City yang dicanang sebagai kubu kebal buat sekelian kalinya ditembusi pihak lawan. Selepas tewas kepada Arsenal 0-2 minggu lalu, jaringan yang sama berulang cuma kali ini lawannya adalah Middlesbrough dari liga Kejuaraan. Selepas aksi memberansangkan di separuh masa pertama, City terpaksa akur kepada Boro yang lebih klinikal dengan gol-gol separuh masa kedua jaringan Bamford dan Kike.

Sabtu, 24 Januari 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu FAC 2014/15 Manchester City vs Middlesbrough

City hari ini berdepan hantu silam mereka, Middlesbrough. Walaupun City menang 1-0 di pertemuan terakhir dua pasukan ini, Boro akan sentiasa gah dengan pencapaian rekod kekalahan BPL terbesar City; membantai City 8-1 di Riverside. 


Kelemahan City di bahagian tengah agak terdedah semenjak pemergian Toure ke Piala Negara Afrika. City perlu segera mencari pendekatan baru bermain tanpa Toure seperti ketika mereka ketandusan penyerang. Pentas Piala FA menentang Middlesbrough dilihat peluang terbaik City mencari semula rentak mereka selepas tempang menentang Everton dan Arsenal kerana minggu hadapan bakal menyaksikan perlawanan terbesar musim ini menentang Chelsea di Stamford Bridge.

Kenali City - Rekod Hitam Manchester City

Middlesbrough menempah tempat yang istimewa di hati peminat City kerana merekalah lawan yang memegang rekod kekalahan terburuk City di era BPL. City tewas 8-1 kepada Boro di Riverside dalam perlawanan terakhir BPL musim 2007/08. 

Rabu, 21 Januari 2015

Memori Wembley '99

Aksi Paul Dickov​ menyambut gol sudah menjadi ikonik di kalangan peminat Manchester City bersama-sama gaya Nicky Weaver​ berlari kegembiraan yang pasti menyebakkan hatta hati penyokong City yang paling hardcore. Sebelum detik Sergio Aguero​ inilah memori terindah kebangkitan Manchester City. Di sini pengalaman itu dikongsikan bersama melalui Buku Memori Wembley '99 yang boleh dimuat turun (pautan di akhir entri). Berikut ialah beberapa petikan daripada buku tersebut:



Selamat Datang Ke Manchester!!: Wilfried Bony

Manchester City sudah memeterai persetujuan dengan kelab Swansea berkenaan perpindahan penyerang Wilfried Bony. Sebahagian besar bayaran perpindahan ini yang dianggarkan bernilai 32 juta akan didana daripada bayaran 25 juta oleh Valencia untuk Negredo di penghujung musim nanti.

Isnin, 19 Januari 2015

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Manchester City (0) - Arsenal (2)

Helang Manchester jatuh ditembak meriam. Masakan tidak kalau sang helang tak terbang tinggi memang mudah menjadi sasaran musuh. Persembahan suam pasukan City mudah dikekang oleh Arsenal dan Arsenal pulang dari Manchester membawa 3 mata. 2 gol The Gunners dijaringkan Santi Cazorla dan Olivier Giroud. Kemenangan ini mengakhirkan kemarau 5 tahun Arsenal di bumi Manchester.

Ahad, 18 Januari 2015

Aguero dan Kasut Bola Baru

Hari ini kita ramai-ramai tengok Aguero rasmi kasut bola baru. Agak-agak berapa banyak gol dia boleh dapat lawan Arsenal?


Kasut bola Aguero ini adalah dari model evoSPEED yang dihasilkan Puma. Hanya 400 unit kasut bola bertemakan Kun Aguero ini yang akan dikeluarkan. Antara ciri-ciri unik kasut bola Kun Aguero:

1. Gabungan warna merah-putih mewakili warna kelab pertama Aguero; Independiente.
2. Tulisan 'Kun'; nama timangan Aguero.
3. Corak lukisan anjing; haiwan kesayangan Aguero.

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Arsenal


Etihad lawan Emirates. Yang mana satu bakal terbang tinggi hari ini? Setelah Chelsea meratah angsa semalam (sampai ke tulang-tulang pun habis dia kunyah), City kini 5 mata di belakang. Hanya kemenangan yang akan membolehkan City berada dalam kedudukan selesa untuk memotong Chelsea yang bakal City hadapi selepas pertemuan dengan Arsenal.

Sabtu, 17 Januari 2015

Jurnal Peminat - Ruang Kerja Sang Juara

Semenjak dua menjak ni agak merudum jumlah orang yang lepak dekat meja aku. Bos pun kurang menyibuk jenguk tanya pasal kerja. Kalau ada orang datang pun sekejap je singgah. Panas kata mereka. ;P



Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Everton (1) - Manchester City (1)

*Maaf atas keterlewatan dan hiatus berpanjangan. Banyak perihal pasca-banjir yang perlu diuruskan

Goodison Park bukanlah laman kegemaran mana-mana pasukan pelawat, termasuklah Manchester City. Malahan rekod City di laman Everton tidaklah begitu cantik. Hanya 2 kemenangan yang berjaya dikecapi oleh City dalam 10 pertemuan Liga Perdana terakhir di antara dua kelab ini.

Sabtu, 10 Januari 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Everton vs Manchester City


Khabar gembira dari kem The Sky Blues kerana dilaporkan Edin Dzeko dan Sergio Aguero sudah bersedia disenaraikan dalam pilihan pasukan. Tetapi Pellegrini tidak akan tergesa-gesa meletakkan mereka untuk bermain 100% kerana tidak mahu mengambil risiko kehilangan mereka untuk perlawanan menentang Arsenal dan Chelsea yang menanti selepas ini. Ramai pemain utama akan kembali mengambil posisi masing-masing selepas direhatkan semasa perlawanan Piala FA lalu (walaupun ada yang terpaksa masuk untuk menyelamatkan keadaan). Dengan ketiadaan Toure, maka yang menjadi persoalan ialah siapakah yang bakal menjadi teman Fernandinho di bahagian tengah. Adakah mungkin Silva, Nasri, Lampard ataupun Milner? Kita saksikan hari ini pertemuan di Goodison Park. Dengan prestasi Everton yang sedikit terumbang-ambing sejak kebelakangan ini, City mampu mengambil kesempatan dan meneruskan rekod tanpa kalah mereka. Ramalan Blog Bulan Biru: Everton 0 - City 2.

Seleksi Blog Bulan Biru
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Selasa, 6 Januari 2015

Ada Apa Dengan Proses Jual Beli Pemain?


Bagaimanakah arus proses perpindahan pemain bolasepak antarabangsa? Apakah rukun-rukun dan syarat-syarat sah jual beli pemain? Bagaimanakah para pemain diberikan nilai semasa mereka? Ulangkajilah infografik yang disediakan berikut:

Laporan Kaki Bangku: FAC 2014/15 Manchester City (2) - Sheffield Wednesday (1)

Terima kasih yang tak terhingga kepada budak harijadi James Milner kerana menyelamatkan kempen Piala FA Manchester City. Dalam majoriti tempoh perlawanan, City berada di belakang Wednesday dan hampir mendapat kejutan penyingkiran awal sebelum Milner tampil mengutip 2 gol sebagai hadiah harijadi beliau di minit ke-66 dan ke-91.

Ahad, 4 Januari 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu FAC 2014/15 Manchester City vs Sheffield Wednesday

Kali terakhir mereka bertemu September lalu, City membelasah Sheffield Wednesday 7-0 dalam pertembungan Piala Liga Capital One. Kali ini mereka berjumpa lagi dalam pertandingan Piala FA pula. Toure mungkin diturunkan buat kali terakhir sebelum berlepas untuk tugas AFCON. Beberapa pemain utama dijangka direhatkan dan beberapa pemain muda bakal dinamakan dalam senarai bangku simpanan. Ramalan Blog Bulan Biru: City 5 - Wednesday 0.

Seleksi Blog Bulan Biru
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Khabar Angin Bisnes Perpindahan: Dennis Praet

Khabar angin menyatakan City sedang merisik pemain muda Belgium, Dennis Praet dengan tawaran lingkungan £10 juta.

Jumaat, 2 Januari 2015

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Manchester City (3) - Sunderland (2)

Ini adalah perlawanan yang berbeza dalam 2 separuh masa. Daripada suasana soap opera di separuh masa pertama ia bertukar menjadi filem penuh aksi thriller, mendebarkan hatta jiwa yang paling kental. Selepas gol pembukaan Toure, 4 gol dalam sela masa 7 minit menyaksikan City menang 3-2 ke atas Sunderland sekaligus mencatat kemenangan berganda pertama ke atas mereka semenjak musim 2008/09.

Khamis, 1 Januari 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Sunderland

Apa lagi cara yang lebih baik untuk memulakan tahun baru jika bukan dengan kemenangan? City akan menyambut kembali Yaya Toure di bahagian tengah dan Milner sekali lagi memikul tugas di bahagian hadapan. Toure sudah pasti dapat membantu City kerana dalam perlawanan dengan Burnley yang lalu City gagal menguasai permainan di tengah padang. City hanya kalah 1 dalam 9 perlawanan tahun baru terakhir mereka. Pasukan yang mengalahkan City? Sunderland. Ramalan Blog Bulan Biru: City 1 - Sunderland 0.


Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Kelab BPL Terhebat Musim Kalendar 2014

Di penghujung musim 2013/14 City ditabal menjadi juara. Di penghujung tahun 2014 pula Chelsea mendahului liga dengan 3 mata. Persoalannya siapakah juara tahun 2014? Rupa-rupanya dua kelab biru ini sama hebatnya.


Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Khabar Angin Bisnes Perpindahan: Wilfried Bony

Penjaring gol terbanyak BPL 2014 ini kini menjadi rebutan City dan Chelsea. Maka persoalannya Bony bakal menjadi biru yang mana satu? Adakah harga £30 juta pound yang diletak Swansea terlalu tinggi?




Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Manchester City (2) - Burnley (2)

City melepaskan peluang untuk memotong jurang mata dengan pendahulu liga apabila sekadar seri 2-2 dalam perlawanan menentang Burnley selepas mendahului 2-0 di separuh masa pertama. Chelsea yang turut seri dalam perlawanan lebih awal masih mengekalkan jurang 3 mata dengan City.

Gol pertama City dijaringkan David Silva pada minit ke-23 hasil gerakan Jesus Navas dari sebelah kanan. Ini merupakan gol ke-4 Silva dalam 3 kemunculan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.