Sabtu, 24 Januari 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu FAC 2014/15 Manchester City vs Middlesbrough

City hari ini berdepan hantu silam mereka, Middlesbrough. Walaupun City menang 1-0 di pertemuan terakhir dua pasukan ini, Boro akan sentiasa gah dengan pencapaian rekod kekalahan BPL terbesar City; membantai City 8-1 di Riverside. 


Kelemahan City di bahagian tengah agak terdedah semenjak pemergian Toure ke Piala Negara Afrika. City perlu segera mencari pendekatan baru bermain tanpa Toure seperti ketika mereka ketandusan penyerang. Pentas Piala FA menentang Middlesbrough dilihat peluang terbaik City mencari semula rentak mereka selepas tempang menentang Everton dan Arsenal kerana minggu hadapan bakal menyaksikan perlawanan terbesar musim ini menentang Chelsea di Stamford Bridge.

Lampard tidak dapat turun kerana tercedera ketika perlawanan persahabatan di Abu Dhabi. Milner mungkin digandingkan dengan Fernando di bahagian tengah sebagai tanda komitmen City untuk memujuk Milner menyambung kontrak bersama City. City akan menurunkan 2 penyerang dengan Dzeko dijangka bermula sambil disokong oleh Jovetic. Beberapa pemain muda telah diturunkan di Abu Dhabi dan satu dua nama akan tersenarai di bangku simpanan. Etihad kini bukanlah kubu kebal City maka mereka tidak boleh leka berhadapan anak buah Aitor Karanka. Ramalan Blog Bulan Biru: City 2 - Boro 0.

Seleksi Blog Bulan Biru
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Ini kali keenam City dan Boro bertemu dalam Piala FA. Rekod setakat ini berpihak kepada Boro yang menang 3 daripada 5 perlawanan terdahulu.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.