'Battle of The Blues: Round 2'. Di pusingan pertama liga, lagenda Chelsea Frank Lampard menjadi penyelamat City dengan jaringan penyamaan di saat akhir. Kini dengan ketiadaan Toure yang masih bertugas bersama Ivory Coast, Lampard sekali lagi boleh memberi impak kepada pertembungan dua gergasi biru ini. Chelsea nampaknya terpaksa turun tanpa 2 pemain tonggak utama mereka musim ini iaitu pembantu gol terbanyak mereka, Fabregas kerana kecederaan dan penjaring terbanyak mereka, Diego Costa yang digantung kerana dikenakan tindakan tatatertib di atas perlakuan kasar ketika bertemu Liverpool tempohari. Pun begitu Chelsea tetap merupakan pasukan yang kuat dengan ancaman daripada Hazard, Oscar, Willian dan si kuda tua Drogba.
Tiada ancaman Fabregas dan Costa hari ini |
Hari ini tekanan lebih banyak dipikul oleh Manchester City kerana kekalahan bererti 8 mata menjadi pemisah antara mereka dan Chelsea. Mereka juga kini menanggung 2 kekalahan berturut-turut kepada Arsenal dan Middlesbrough. Ditambah lagi dengan rekod tanpa menang mereka tanpa Toure di sisi musim ini. Berita baik untuk City. hari ini ialah ketiadaan Fabregas dan Costa di samping rekod di tempat lawan yang sangat bagus musim ini. Chelsea juga terkandas dalam Piala FA minggu lalu kepada kelab kerdil dan semestinya mereka mahu menjarakkan diri daripada pencabar utama mereka. Ramalan Blog Bulan Biru: Chelsea 1 - City 1.
Seleksi Blog Bulan Biru |
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Chelsea tidak memboloskan sebarang gol dalam 5 perlawanan BPL terakhir di Stamford Bridge.
2. City tidak tewas dalam 6 perlawanan BPL terakhir di tempat lawan.
Superbia in proelio - Blog Bulan Biru