Sabtu, 24 Januari 2015

Kenali City - Rekod Hitam Manchester City

Middlesbrough menempah tempat yang istimewa di hati peminat City kerana merekalah lawan yang memegang rekod kekalahan terburuk City di era BPL. City tewas 8-1 kepada Boro di Riverside dalam perlawanan terakhir BPL musim 2007/08. 


Waktu itu City belum menjadi kelab mewah seperti sekarang yang ada hanyalah duit Thaksin Shinawatra, tiada nama-nama besar di dalam senarai skuad dan Joe Hart masih bermain sebagai penjaga gol simpanan. Di penghujung musim itu, terdengar khabar angin yang Thaksin mahu menghentikan perkhidmatan Sven Goran Eriksson walaupun beliau masih mempunyai baki 2 tahun dalam kontrak bersama City.


Berita ini tidak disambut baik oleh pemain dan juga para peminat kerana rekod Eriksson yang agak baik. Protes disuarakan oleh penyokong dan juga pemain City sendiri. Pemain City mengugut akan memulaukan permainan jika rancangan menggantikan Eriksson diteruskan. Kemuncaknya adalah kekalahan terbesar City di tangan Boro.


Bermula dengan kad merah Dunne di minit ke-15, Boro dengan mudah berkali-kali menembusi gawang City yang langsung tidak bermaya.



Ternyata itulah perlawanan City yang terakhir dikendalikan Eriksson. Tidak lama kemudian Mark Hughes diumum sebagai pengurus baru. Era Thaksin juga berakhir selepas itu apabila City bertukar milik kepada Syeikh Mansour pada bulan September tahun itu. Semenjak kekalahan 8-1 itu City sudah merangkul kejuaraan Piala FA, 2 Piala Liga dan 2 kali menjadi juara BPL. Manakala Middlesbrough pula tersingkir dari BPL di musim berikutnya dan bermain di dalam liga Championship.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.