Ahad, 18 Januari 2015

Laporan Kaki Bangku: Prebiu BPL 2014/15 Manchester City vs Arsenal


Etihad lawan Emirates. Yang mana satu bakal terbang tinggi hari ini? Setelah Chelsea meratah angsa semalam (sampai ke tulang-tulang pun habis dia kunyah), City kini 5 mata di belakang. Hanya kemenangan yang akan membolehkan City berada dalam kedudukan selesa untuk memotong Chelsea yang bakal City hadapi selepas pertemuan dengan Arsenal.

Pertemuan di Emirates musim ini berakhir 2-2. City diselamatkan di minit akhir oleh tandukan Demichelis. Kali ini mungkin tiada kelibat Demichelis kerana Kompany diberitakan sudah bersedia untuk diturunkan. Selain Toure dan Bony yang sedang menjalankan tugas bersama Ivory Coast, seorang lagi pemain City; Nasri juga tidak boleh diturunkan kerana mengalami kecederaan betis. Senarai kecederaan di dalam kem Arsenal pula lebih serius dengan sekurang-kurangnya 5 pemain mereka sudah hampir pasti tidak boleh diturunkan. Arteta, Wilshere, Gnabry, Daiby dan Debuchy mungkin turut disertai Gibbs dan Welbeck.

Aguero yang dimasukkan pada separuh masa kedua dalam perlawanan Everton nampaknya sudah bersedia untuk mengepalai bahagian serangan City. City dijangka kekal akan bermain dengan seorang penyerang walaupun Jovetic dan Dzeko bersedia untuk diturunkan. Walaupun dengan senarai kecederaan yang panjang, Arsenal masih tetap berbisa dengan ancaman Sanchez, Cazorla, Oxlade-Chamberlain, Walcott dan Giroud. Permainan menyerang dan terbuka dijangka akan menghasilkan banyak gol dan aksi menyeronokkan. Kelebihan di laman sendiri meletakkan City sebagai pasukan kegemaran hari ini. Ramalan Blog Bulan Biru: City 3 - Arsenal 1.

Seleksi Blog Bulan Biru
Fakta menarik pra-perlawanan:
1. Musim ini City belum pernah menang dalam mana-mana perlawanan tanpa kelibat Yaya Toure.

Superbia in proelio - Blog Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.