Khamis, 1 Januari 2015

Laporan Kaki Bangku: BPL 2014/15 Manchester City (2) - Burnley (2)

City melepaskan peluang untuk memotong jurang mata dengan pendahulu liga apabila sekadar seri 2-2 dalam perlawanan menentang Burnley selepas mendahului 2-0 di separuh masa pertama. Chelsea yang turut seri dalam perlawanan lebih awal masih mengekalkan jurang 3 mata dengan City.

Gol pertama City dijaringkan David Silva pada minit ke-23 hasil gerakan Jesus Navas dari sebelah kanan. Ini merupakan gol ke-4 Silva dalam 3 kemunculan.




Berselang 10 minit kemudian Fernandinho menjadikan kedudukan 2-0 dengan rembatan cantik ke bucu atas tiang gol kiri Heaton untuk menyudahkan tekanan hebat dari City.




Di akhir separuh masa pertama City kelihatan selesa untuk terus melebarkan jaringan dan memecahkan rekod kelab dalam jumlah kemenangan berturut-turut.

Namun Burnley mempunyai rancangan lain. Seawal 2 minit selepas rehat Burnley mengejutkan City dengan gol pertama mereka yang dijaringkan oleh Chris Boyd walaupun sepatutnya ia dibatalkan kerana ofsaid.




Apa yang berlaku kemudian adalah sama seperti perlawanan menentang CSKA Moscow dahulu di mana Burnley mula menguasai permainan dan pertarungan fizikal. Jika CSKA mempunyai Seydou Doumbia maka Burnley pula mempunyai Ashton Barnsley yang memperkotak-katikkan Mangala dan Demichelis. Jelas di separuh masa kedua pertarungan fizikal dan bola udara sering memihak kepada Barnsley.

Dan akhirnya seperti perlawanan CSKA, City terhukum di minit-minit akhir perlawanan apabila Barnsley meledakkan rembatan menewaskan Hart bermula dari satu sepakan percuma. Kedudukan mutakhir: City 2 - Burnley 2.




Superbia in proelio - Blog Bulan Biru

P/S: Penulis baru siap basuh rumah banjir. Dah 3 hari basuh itupun baru basuh dalam rumah saja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.