Isnin, 22 Ogos 2016

Kenali City - Colin Bell


Colin Bell diberi penghormatan oleh para peminat sebagai pemain Manchester City terhebat sepanjang zaman. Betapa gahnya nama Colin Bell ini sehingga salah satu bahagian stadium dinamakan sempena nama beliau, Colin Bell Stand. Bahagian ini menempatkan para peminat City paling vokal sepertimana Kop di Anfield dan Stretford End di Old Trafford cuma istimewanya Colin Bell Stand ini ialah ianya terletak di bahagian panjang padang dan bukannya di belakang gol seperti Kop dan Stretford End.


Suasana gamat di Colin Bell Stand
1. Piala Juara

Bell memenangi piala Liga Divisyen Satu, Piala FA, Piala Liga (2 kali) dan Piala Juara Piala sepanjang mewakili City.

Liga Divisyen 1 1968
Piala FA 1969
Piala Liga 1970
Piala Juara Piala 1970
Piala Liga 1976
2. Nama Gelaran

Bell digelar sebagai King of the Kippax (Raja Kippax). Kippax adalah bahagian penonton paling vokal semasa City menghuni stadium Maine Road. Juga seperti Colin Bell Stand, bahagian Kippax terletak di bahagian panjang padang.

The Kippax
Bell juga memiliki nama gelaran lain iaitu Nijinski sempena nama seekor kuda lumba terkenal dunia. Bell mendapat nama gelaran ini kerana stamina hebat bak kuda beliau di atas padang.


3. Statistik Karier

Bell membuat 490 penampilan bersama City dan menjaringkan 152 gol di antara tahun 1966 sehingga 1979, satu pencapaian hebat bagi seorang pemain tengah. Kualiti Bell ini boleh digambarkan seperti Yaya Toure dan James Milner digabungkan menjadi seorang pemain. Bell masih lagi memegang rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Manchester City dalam pertandingan Piala Liga dengan 18 gol.


4. Karier Pramatang

Kejayaan Bell sebagai pemain terpaksa berakhir agak awal akibat kecederaan ngeri semasa perlawanan derbi Manchester pada musim 1975/76 ketika berusia 29 tahun. Menentang Manchester United dalam pertandingan Piala Liga, Bell cuba untuk membawa bola melepasi pemain pertahanan mereka Martin Buchan. Namun lutut kanan Bell bertemu dengan but tinggi Buchan menyebabkan lutut beliau terbengkok ke belakang, beberapa salur darah pecah dan kerosakan teruk kepada ligamen dan rawan lutut.


Bell terpaksa berehat hampir 2 tahun sebelum cuba kembali di musim 1977/78 tetapi hanya bertahan selama 2 tahun sebelum pengumumkan persaraan pada tahun 1980.

- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.