Peminat Manchester City mana yang tidak sukakan Nicolas Otamendi? Gambaran jambangnya sahaja sudah berjaya memikat hati. Ditambah pula dengan gaya bertahan berani mati dan bentesan keras tanpa kenal erti belas kasihan maka lagilah ramai yang jatuh hati.
"Gaya permainan bertahan yang agresif dan suka mengambil risiko menjadikan Otamendi diminati peminat. Mengejutkan beliau tidak pernah dilayangkan kad merah. Mungkin sebab beliau memang pakar mengatur masa untuk membuat bentesan."
Namun tabiat Otamendi mengambil risiko dan membuat bentesan meluncur tidak disenangi Guardiola kerana ia boleh mendedahkan pasukan kepada serangan balas pihak lawan. Semasa menyerang di mana kadang-kala formasi pasukan berubah menjadi 2-3-5, Guardiola mahukan 2 pertahanan di barisan terakhir berada dalam keadaan berketenangan abadi untuk mengawal permainan.
Komen Guardiola tentang Otamendi pendek namun mesej yang mahu disampaikan ternyata jelas, "Saya tidak suka apabila pertahanan tengah merebahkan badan di atas padang".
- Bulan Biru