Betapa sedih hati ini mendengar berita dari kem Manchester City. Sumber Mirror melaporkan yang Joe Hart sudah memberitahu rakan-rakan sepasukan yang beliau akan meninggalkan City sebelum tamat jendela perpindahan musim panas ini.
Hart dilaporkan berang dengan layanan yang diberikan oleh Pep Guardiola dan sudah tawar hati untuk merebut tempat di dalam skuad pengurus baru City itu.
Walaubagaimanapun rasa cinta masih lagi ditunjukkan oleh Hart apabila beliau menyatakan beliau lebih rela dipinjamkan keluar berbanding dijual kepada kelab lain.
Kini Hart sedang dikaitkan dengan beberapa kelab seperti Everon, Liverpool dan Sevilla.
- Bulan Biru