Berita terkini mengatakan yang Leroy Sane tiada dalam senarai pasukan Schalke 04 yang akan terbang ke Austria. Kata pengarah sukan Schalke, Christian Heidel sebelum ini jika Sane bersama pasukan ke Austria maka itu bererti beliau akan kekal sebagai pemain Schalke.
Jadi menggunakan ilmu penaakulan mantik di sekolah menengah ini hanya bererti bahawa Sane kini bukan lagi seorang pemain Schalke. Ini membawa ke kesimpulan seterusnya iaitu kini Sane bakal menjadi milik Manchester City!
- Bulan Biru