Dua penjaga gol Barcelona, Marc-Andre Ter Stegen dan Claudio Bravo sudah dikaitkan dengan Manchester City semenjak awal Julai lagi. Sebelum ini berita perpindahan Ter Stegen ke Manchester dilihat mulai reda kerana dikatakan Barcelona sudah bersetuju memberi jaminan kepada Ter Stegen sebagai penjaga gol utama nombor 1 pasukan.
Namun ternyata jangkaan itu meleset kerana Ter Stegen dikatakan masih tidak berpuas hati dengan polisi kelab yang mahu beliau berkongsi peranan dengan Bravo. Jadi Barcelona yang sebelum ini tidak mahu melepaskan Ter Stegen kini rela melepaskan beliau jika City memenuhi klausa pelepasan Ter Stegen sebanyak £67 juta.
Nilai itu mungkin terlalu tinggi buat seorang penjaga gol lebih-lebih lagi kerana City masih memiliki penjaga gol nombor 1 England, Joe Hart. Guardiola masih belum berpuas hati dengan kualiti pengagihan Hart yagn merupakan kekurangan terbesar Hart.
- Bulan Biru