Ahad, 7 Ogos 2016

Selamat Tinggal Nasri, Navas?


Lambakan pemain tengah di Manchester City mungkin menjadi titik tolak kepada berakhirnya karier Samir Nasri dan Jesus Navas di Stadium Etihad.

Samir Nasri yang sebelum ini dikatakan terlalu berat diberi arahan supaya berlatih secara berasingan daripada rakan sepasukan dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Namun walaupun kini Nasri sudah berjaya menurunkan sedikit berat badan beliau, Pep Guardiola dikhabarkan sudah memutuskan untuk meletakkan Nasri dalam senarai bolehpindah. Dalam pada itu bekas pengurus City, Roberto Mancini sanggup menghulurkan tangan untuk menyelamatkan Nasri dengan membawa beliau ke Inter Milan. AC Milan dan AS Roma juga berminat dengan ketersediaan Nasri dalam masa terdekat.

Kehadiran Leroy Sane pula menggugat kedudukan Jesus Navas dalam skuad City dan bekas kelab, Sevilla sedang mengintai peluang untuk membawa anak jati Sevilla itu pulang ke Sepanyol dengan harga murah sebanyak £6 juta.

- Bulan Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.