Everton yang sebelum ini dilihat sebagai kelab pilihan destinasi Joe Hart sudah menarik diri dari meminjam penjaga gol itu kerana mereka tidak dapat memenuhi pembayaran gaji Hart yang begitu tinggi sekitar £7 juta semusim (£135,000 seminggu).
Sevilla yang juga sebelum ini berminat kini sedang menghampiri seorang lagi penjaga gol lain iaitu Diego Alves (Valencia).
Ini mungkin meninggalkan Hart terkontang-kanting di Manchester City andai beliau gagal mencari kelab baharu sebelum jendela perpindahan ditutup.
- Bulan Biru