Khamis, 23 Oktober 2014

Ched Evans Bebas Dari Penjara

Bekas pemain akademi dan pasukan senior Manchester City, Ched Evans dibebaskan dari Penjara Wymott pada 17 Oktober 2014 selepas menjalani hukuman penjara selama 2 tahun 6 bulan kerana disabitkan kesalahan merogol.


Ched Evans atau nama penuhnya Chedwyn Michael Evans didapati bersalah pada April 2012 kerana merogol seorang wanita berumur 19 tahun di Rhyl, Wales dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun. Beliau dibebaskan selepas menjalani separuh daripada tempoh hukuman. Turut dibicarakan bersama beliau ialah seorang lagi bekas pemain akademi City, Clayton McDonald yang didapati tidak bersalah.

Selepas dibebaskan satu petisyen diwujudkan untuk menghalang Evans daripada kembali bermain sebagai pemain profesional namun dikhabarkan Nigel Clough yang kini mengurus pasukan terakhir Evans, Sheffield United berminat memberi peluang kedua kepada penyerang tersebut.


Sepanjang karier senior bersama City Evans hanya menjaringkan 1 gol dalam 16 kemunculan namun pulangan gol beliau ketika beraksi untuk Norwich dan Sheffield United membuktikan beliau seorang penyerang yang cukup berbisa. Adakah beliau layak diberikan peluang kedua? Pada usia semuda 25 tahun mungkin itulah yang diperlukannya.

Zaman Citizens
Penyerang tajam bersama The Blades
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bulan Biru ManCity - Kolumnis Laman Web Rasmi Manchester City Bahasa Melayu. Dikuasakan oleh Blogger.